Peminat peranti pintar jenama Samsung pastinya teruja dengan pengenalan model baharu, Galaxy Note20 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Sejak berita mengenainya tersebar beberapa bulan lalu, ramai yang memberi respond positif dan berasa tidak sabar untuk merasai pengalaman bakal ditawarkan syarikat telekomunikasi mudah alih terkemuka Korea Selatan itu.
Apa yang pastinya, adaptasi teknologi Samsung dalam setiap model keluarannya tidak pernah mengecewakan malah, memberi nilai tambah kepada pengguna.
Ini yang anda perlu tahu mengenai Galaxy Note20:
S Pen tingkat produktiviti
Responsif seperti pen sebenar! Itu yang boleh diterjemahkan menerusi fungsi S Pen yang dipertingkatkan bagi model terbaharu ini. Galaxy Note20 Ultra hadir dengan S Pen 9ms pendaman (latency) manakala, 26ms bagi Galaxy Note20.
Hadir ke mesyuarat, namun terlupa bawa buku nota? Tiada masalah! Dengan model terbaharu Samsung ini anda boleh membuat catatan dan lakaran dengan mudah. Sekarang, hadir ke mesyuarat dengan hanya membawa Galaxy Note20, trendy bukan?
Model terbaharu ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri baharu yang memberi nilai tambah kepada kehidupan anda. Dengan kelebihan Advanced Air Action diperkenalkan bersama lima pergerakan baru, Galaxy Note20 memberikan anda lebih kawalan kepada gajet ini.
Juga kepada para pereka, ini adalah peranti yang anda cari untuk meningkatkan lagi produktiviti serta hasil kerja anda!
Selain kerja-kerja mereka visual, pengguna juga sering menyunting gambar dengan menggunakan S Pen ini dan ia pastinya memberi kemudahan berganda dengan S Pen dipertingkatkan ini.
Berhubung dengan Windows
Sekiranya anda banyak menggunakan telefon ketika membuat kerja, ciri diperkenalkan ini sangat menyenangkan urusan anda.
Perisian Note20 membolehkan anda membuat suntingan fail dengan lebih mudah dengan pencerminan (mirroring) skrin komputer dan telefon pintar. Hanya ‘tarik’ fail anda ke dalam desktop dan suntingan boleh dibuat secara terus! Ya, memang tidak dapat dinafikan ia memudahkan urusan anda.
Bagi mereka yang sering menggunakan multi program (Spotify, Internet Browser, galeri imej, Facebook, Instagram dan Nota Samsung) pada satu-satu masa, kini tidak lagi ada masalah kerana anda boleh membuka lima program pada masa sama dengan ciri sambungan telefon-komputer dengan Note20!
Teknologi DeX tanpa wayar!
Selain ciri S Pen, kesambungan dengan Windows, teknologi DeX tanpa wayar turut melancarkan kerja-kerja pejabat serta urusan pembentangan anda.
Mainkan dua paparan menerusi televisyen tanpa gangguan kawalan daripada kedua-dua peranti. Pasti anda pernah membuat panggilan video mesyuarat menggunakan telefon dalam masa sama perlu membuat catitan, dengan adanya Galaxy Note20 dan DeX tanpa wayar, semua itu tidak lagi menjadi masalah.
Kamera gred pro
Berita baik kepada mereka yang menggemari gaya hidup media sosial termasuk vlogger yang mengambil penting kualiti gambar, model Galaxy Note20 kini dipertingkatkan dengan kamera gred pro bagi visual lebih jelas dan video profesional.
Samsung memang terkenal dengan teknologi kamera yang menghasilkan gambar berkualiti malah, menjadi peranti utama dinobatkan sebagai kamera telefon pintar terbaik pilihan pengguna.
Tidak hanya memberi jaminan imej yang jelas, sebaliknya turut mampu menghasilkan video yang stabil meskipun dalam keadaan kurang pencahayaan.
Setiap perincian video adalah dalam 8K dan pergerakan halus objek dengan 24 bingkai per saat (fps) memberi kesan sinematik bagi hasil rakaman anda.
Teknologi kamera terbaik ini memberi peluang untuk pengguna merakam gambar memori keluarga atau pasangan ketika saat-saat manis bersama. Tidak perlu lagi membawa kamera sebenar bersama lensa bersaiz besar ketika anda bercuti.
Memori indah dirakam menerusi kamera bersaiz poket! Pastinya lebih memberi keselesaan dan memudahkan.
Bermain permainan video lebih lancar
Ini antara ciri yang paling menjadi perhatian utama bagi pengguna yang sering bermain permainan video melalui telefon pintar. Galaxy Note20 dipersiapkan dengan kuasa pemproses (processor) dengan sambungan rangkaian 5G serta paparan lebih lancar selain bunyi realistik bagi pengalaman permainan video online terbaik.
Tidak hanya itu, bateri pintar dan rangkaian 5G terpantas turut dikuasakan dalam peranti terbaharu keluaran Samsung ini.
Jelas sekali penciptaan model Samsung tidak mengabaikan mana-mana golongan pengguna selain mempertingkatkan dengan teknologi terkini bagi pengalaman yang lebih optimum.
Tidak salah jika penulis katakan, ini mungkin masanya untuk anda merasai sendiri teknologi tercanggih adaptasi dalam penciptaan model baharu Samsung.
Model Galaxy Note20 dan Galaxy Note20 Ultra kini boleh didapati di kedai Samsung Experience, peruncit Samsung yang sah, syarikat telekomunikasi dan kedai Samsung online.
Dapatkan peranti pintar tersebut sekarang sehingga 31 Oktober akan datang bagi menerima hadiah eksklusif keseluruhan bernilai RM508 selain menukar telefon kepada Galaxy Note20 menerusi program Trade-Up dan jimat sehingga RM4,005.
Layari laman web rasmi Samsung berkaitan kempen atau untuk mengetahui maklumat lanjut bagi model siri Galaxy Note20.
Haikal Raman
Wed Aug 26 2020
Serlahkan gaya dan produktiviti anda dengan Galaxy Note20 baharu.
Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
Kehidupan lebih responsif dengan siri Galaxy Note20!
Peminat peranti pintar jenama Samsung pastinya teruja dengan pengenalan model baharu, Galaxy Note20 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.