KUALA NERUS: Manuskrip al-Quran dari Terengganu yang berusia sekitar 100 hingga 200 tahun sememangnya diketahui adalah yang tercantik di Asia Tenggara kerana keindahan dan kemewahan ragam hiasnya serta kehalusan seni penghasilannya.
Namun manuskrip yang semakin dimamah usia itu sukar untuk ditatap dengan lebih dekat atau dibelek oleh masyarakat termasuk para pengkaji kerana dikhuatiri menjejaskan keadaan naskah suci tersebut.
Sehubungan itu Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil inisiatif mendigitalkan enam manuskrip al-Quran Terengganu yang disimpan oleh Muzium Negeri Terengganu, menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) dan menempatkannya di dalam Galeri Digital Warisan Budaya.
Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud Dr Riswadi Azmi berkata masyarakat luar termasuk para pengkaji boleh berkunjung ke galeri digital yang dibangunkan pada Disember 2020 itu untuk melihat setiap helaian manuskrip digital al-Quran tersebut dengan lebih dekat dan jelas, seolah-olah seperti melihat naskah yang sebenar.
"Pembangunan galeri digital ini dibantu oleh pihak Ericsson, sebuah syarikat gergasi telco dari Sweden yang memberikan sejumlah dana. Proses pendigitalan manuskrip al-Quran ini dilakukan melalui aplikasi Terengganu Cultural Heritage yang dibangunkan oleh UMT. Ia sebagai usaha menarik golongan muda untuk lebih menghargai khazanah yang sangat bernilai ini dan supaya mereka tahu bahawa manuskrip al-Quran yang tercantik di Asia Tenggara adalah dari Terengganu.
"Proses pendigitalan melalui teknologi AR ini membolehkan setiap perincian manuskrip al-Quran dilihat dengan jelas termasuk warna-warna dan corak hiasannya serta tulisan kaligrafi ayat suci al-Quran yang ditulis dengan sangat cantik," katanya ketika ditemui Bernama di Galeri Digital Warisan Budaya, di Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, di sini.
Riswadi berkata pihaknya berharap suatu hari nanti galeri digital tersebut dapat mengumpul dan mendigitalkan kesemua manuskrip al-Quran Terengganu yang kini berada di seluruh Asia Tenggara.
Katanya berdasarkan rekod terdapat 27 manuskrip al-Quran Terengganu yang sebanyak lapan manuskrip disimpan Muzium Negeri Terengganu; tujuh manuskrip disimpan di muzium-muzium lain di Malaysia; lapan lagi manuskrip berada di negara jiran iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand; manakala baki empat manuskrip kini dimiliki oleh orang perseorangan.
Bercerita lanjut mengenai sejarah penghasilan al-Quran, Riswadi berkata terdapat 11 kesultanan di Asia Tenggara menghasilkan naskah suci itu termasuk Terengganu, Sumatera, Sumbawa dan Acheh yang digunakan untuk tujuan pengajian dan pertabalan sultan.
"Kesultanan Terengganu menghasilkan al-Quran antara tahun 1800 hingga 1900 dan ini menggambarkan Kesultanan Terengganu sangat menjunjung tinggi kitab suci al-Quran," katanya.
Menyentuh mengenai keunikan manuskrip al-Quran Terengganu, Riswadi berkata selain ragam hias pada halaman al-Quran dilukis dengan halus dan cantik, penggunaan emas tulen yang ditaburkan pada hiasan di dalam naskah itu menambahkan lagi keistimewaan kitab suci tersebut.
Katanya penggunaan emas tulen juga membuktikan Kesultanan Terengganu sangat menghargai al-Quran sehingga menghiasnya dengan bahan yang mewah.
Selain kilauan emas, warna-warna daripada tumbuhan semula jadi yang menghiasi manuskrip al-Quran itu sangat berkualiti tinggi dan kekal sehingga hari ini, katanya.
"Warna-warna tersebut diambil dari tumbuhan seperti warna merah dihasilkan daripada pokok senduduk, warna kuning daripada kunyit dan warna hijau daripada daun pandan.
"Malah kajian kami mendapati usia tumbuhan yang digunakan juga memainkan peranan penting untuk memastikan warna yang dihasilkan tahan lama. Kalau kita buka manuskrip tersebut kita akan lihat warnanya masih terang dan tidak sedikit pun pudar," katanya.
Selain itu katanya tulisan kaligrafi dalam manuskrip al-Quran Terengganu juga dihasilkan dengan sangat teliti dan dikatakan antara penulisan al-Quran yang tercantik di Asia Tenggara.
"Ini menunjukkan terdapat penulis kaligrafi dalam kalangan masyarakat Terengganu pada waktu itu yang sangat mahir dan berseni kerana kita tahu menulis al-Quran bukanlah satu kerja yang mudah. Tiada satu pun kesalahan pada setiap huruf dan ayat di dalam manuskrip al-Quran Terengganu bermula dari surah al-Fatihah sehingga ke surah an-Nas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
Riswadi menunjukkan manuskrip digital Al-Quran dari Terengganu yang dipamerkan di Galeri Digital Warisan Budaya UMT, Kuala Nerus, 28 April, 2021. --fotoBERNAMA
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan
Mungkin umat Islam perlu ambil nilai murni ditonjolkan seorang imam dalam kejadian di Finsbury Park, London yang menghalang seorang lelaki dipukul selepas merempuh jemaah masjid selepas solat.
JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak
Laporan keterangan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk pandangan dan tindakan susulan, termasuk kemungkinan tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI
MKI memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat dan menyeleweng serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.