Tindakan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba mengejar dan mendapatkan Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Putra, Putrajaya kelmarin hanya sebagai ingin menunjukkan rasa hormat beliau kepada bekas perdana menteri itu dan tidak harus dipolitikkan.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata ia bukan berkaitan politik sebaliknya sekadar bertanya khabar dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Dr Mahathir.
"Kita ini orang Islam dan orang Melayu serta rakyat Malaysia, kita bukan bersengketa atau bermusuhan sehingga dendam antara satu sama lain. Saya orang muda perlu tunjuk hormat kepada insan yang lebih tua.
"Mungkin kita ada pandangan yang berbeza tetapi apabila di dalam masjid dan apa lagi pada Hari Raya Aidiladha, sudah tentu saya sebagai seorang yang jauh lebih muda daripada Tun Dr Mahathir, saya bertanggungjawab untuk bertemu dengan beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan bertanya khabar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara peringkat negeri Kedah di Padang Serai dekat sini hari ini. Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Mohamed Azmin berkata tindakannya itu tidak harus dipolitikkan meskipun pandangan beliau dengan Dr Mahathir berbeza pada masa ini memandangkan bekas perdana menteri berkenaan seorang tokoh negarawan yang perlu dihormati.
Kelmarin, tular video pendek Mohamed Azmin mengejar Dr Mahathir dan ia menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat dan pihak tertentu.
Bagaimanapun, di laman twitternya, beliau tidak meletakkan video itu tetapi hanya memuat naik gambar yang menunjukkan beliau berjalan beriringan bersama Dr Mahathir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 02 2020

Mohamed Azmin berkata ia bukan berkaitan politik sebaliknya sekadar bertanya khabar dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Dr Mahathir. - Gambar fail/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kejar dapatkan Tun M sekadar bertegur ucap Selamat Hari Raya - Azmin
Mohamed Azmin berkata ia bukan berkaitan politik sebaliknya sekadar bertanya khabar dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Dr Mahathir.

PKR dah tak relevan, kata Azmin
Parti Keadilan Rakyat tidak lagi relevan apabila tidak bersikap adil terhadap pemecatan ahli-ahlinya.

Video intim: Azmin minta Anwar muhasabah, cermin diri sendiri
Pergolakan dalaman PKR semakin parah meskipun rata-rata pimpinan mengatakan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Tidak masuk akal, satu tohmahan tidak berasas - Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin kononnya beliau akan keluar parti berkenaan.

Amirudin ganti Azmin di Selangor?
Amirudin antara dua nama yang disebut bakal menggantikan Mohamed Azmin sekiranya Ahli Parlimen Gombak itu disahkan menyertai jemaah menteri Isnin ini.

Krisis air Selangor: Jalan terakhir guna Akta 655
Tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berdolak-dalik dalam merungkai krisis air di Selangor disindir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.