KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa terhidrat dan berhati-hati dengan gejala penyakit berkaitan haba yang disebabkan dehidrasi dan kehilangan elektrolit dalam gelombang haba semasa di seluruh negara, menurut pakar perubatan.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada bersenam ketika cuaca panas terik bagi mengelakkan kenaikan suhu teras badan seseorang dan berisiko mengalami tekanan tambahan.
"Kekal terhidrat semasa bersenam juga penting untuk mengelak kenaikan suhu badan," katanya kepada Bernama dalam temu bual.
Malaysia kini berada dalam fasa monsun Barat Daya, yang mengakibatkan iklim panas dan kering, dari sekarang hingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dr Dzulkhairi berkata mandi dengan kerap juga adalah baik kerana dapat menyejukkan badan dan boleh membantu mengurangkan suhu badan.
Selain itu beliau mengingatkan kelesuan haba mungkin berlaku akibat dehidrasi, dengan gejala tidak spesifik seperti lesu, muntah-muntah dan peredaran darah tidak berfungsi. Ia berlaku apabila suhu teras badan antara 37 dan 40 darjah Celsius.
"Sekiranya tidak dirawat, kelesuan haba boleh menyebabkan strok haba, penyakit yang lebih teruk apabila mekanisme pentermokawalaturan badan gagal," jelasnya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Monash University Malaysia, Dr Vinod RMT Balasubramaniam berkata bagi individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19, tiada kaitan antara cuaca panas dengan peningkatan kesan sampingan yang dialami oleh mereka yang divaksin.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan individu yang baru menerima vaksin agar mengelak melakukan aktiviti berat dan minum banyak air.
Dr Vinod juga menasihatkan agar sentiasa memantau kanak-kanak kecil semasa cuaca panas.
"Kanak-kanak peluhnya kurang, sekali gus mengurangkan keupayaan mereka untuk menyejukkan diri dan mereka menjana lebih banyak haba semasa bersenam berbanding orang dewasa. Mereka berisiko tinggi mengalami kepanasan dan menghidap penyakit berkaitan haba. Haba juga boleh menjadikan penyakit sedia ada lebih teruk," katanya.
Dr Vinod juga mengingatkan pekerja yang terdedah kepada keadaan panas dan lembap di luar, berisiko menghidap penyakit berkaitan haba, terutama yang melakukan tugas kerja berat atau menggunakan pakaian atau peralatan pelindung yang besar yang tidak menyerap udara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
Kekal terhidrat semasa bersenam juga penting untuk mengelak kenaikan suhu badan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Agenda AWANI: Trump 2.0 | Jangkaan awal
Dengan kembali ke Rumah Putih, Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijangka melaksanakan beberapa langkah kontroversi sebagai janjinya untuk menjadikan Ámerika Hebat Kembali’. Sejauh mana ia signifikan untuk hubungan antarabangsa? Diskusi 9 malam
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
AWANI Tonight: Will tariffs take centre stage in Trump’s first 100 days?
Southeast Asian companies are preparing for the impact of stricter tariffs under Donald Trump’s second term, and Malaysia is no exception. Astro AWANI correspondent Faye Kwan looks at the implications ahead of his inauguration with Prof Saeed Khan from Wayne State University.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korban gelombang haba meningkat kepada 14, ternakan mati cecah 300,000 di Korea Selatan
Agensi cuaca telah meramalkan bahawa gelombang haba mungkin berterusan sehingga sekurang-kurangnya 15 Ogos.
Lima lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, seramai 1,546 orang dilaporkan mengalami penyakit berkaitan haba setakat ini.
4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan
Sebanyak 384 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di 507 hospital seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat minggu lalu, termasuk 114 kes pada Khamis.
Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau
Gelombang haba yang melampau di Jepun masih berterusan tanpa tanda-tanda reda, dengan suhu di Kyushu hampir mencecah 40 darjah Celsius pada Ahad, lapor Xinhua memetik ramalan cuaca.
Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia
Seramai 170 anggota bomba serta pelbagai jenis jentera dan kenderaan digunakan untuk memadamkan api.
Beberapa bandar Itali siap sedia hadapi kemuncak gelombang haba
Amaran merah, yang tertinggi dalam sistem empat peringkat di Itali, akan berkuat kuasa selama tiga hari di 17 daripada 27 bandar.