Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hari ini memberi jaminan operasi ketenteraan dan aspek keselamatan serta kedaulatan negara tidak terjejas berikutan kekangan kewangan.
Beliau berkata kekangan ekonomi tidak boleh dilihat sebagai 'death warrant', sebaliknya memerlukan kebijaksanaan untuk melakukan pendekatan berhemah dan penyesuaian semula agar sesuai dengan keadaan semasa.
"Kita perlu optimumkan kewangan yang ada dengan menggunakannya sebaik-baiknya bagi mengelakkan pembaziran dan kurangkan perbelanjaan yang tidak memberi manfaat.
"Bagaimanapun, keadaan ini bukan bererti suatu pengakhiran kerana kita tidak akan sesekali berkrompromi dalam keupayaan operasi hanya disebabkan kekangan kewangan," katanya.
Raja Mohamed Affandi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-19 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Raja Mohamed Affandi juga memberi jaminan bahawa kekurangan kewangan tidak akan menjejaskan program kebajikan oleh pasukan keselamatan itu, sama ada melibatkan kebajikan veteran tentera atau program jiwa murni.
Berhubung perubahan tampuk pemerintahan Amerika Syarikat dengan pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45, Raja Mohamed Affandi berkata setakat ini hubungan bilateral ketenteraan kedua-dua negara masih di peringkat sama, berdasarkan terma yang dipersetujui.
Beliau seterusnya menggariskan empat teras utama sebagai nadi penggerak kepada angkatan tentera, iaitu bersatu dan berkemampuan untuk bekerjasama sebagai sebuah entiti, bersikap profesional untuk menempa kecemerlangan, sentiasa bersiap siaga meghadapi segala kemungkinan dan menerapkan nilai murni.
"Saya tekankan bahawa warna hijau (tentera darat), biru (tentera udara) dan putih (tentera laut) hanya warna yang menentukan identiti kita, tapi tidak seharusnya menjadi pemisah kepada kita untuk menjalin kerjsama.
"Kerjasama dan keupayaan operasi akan dilakukan mengikut parameter masing-masing, bersesuaian dengan keupayaan yang ada namun semuanya adalah seiring untuk menuju matlamat sama," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Raja Mohamed Affandi melafazkan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-19 bermula 16 Dis lalu dan berharap akan mendapat sokongan daripada seluruh pasukan keselamatan.
"Pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu saya, dan saya terima dengan penuh kesedaran dan sedar amanah ini akan ditimbang ke atas saya kelak.
"Saya mohon diberikan kewajaran berfikir, kekuatan merancang dan semoga apa yang saya akan putuskan akan membawa kebaikan dan manfaat kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017
Tan Sri Raja Mohamed Affandi berkata, kekangan ekonomi tidak boleh dilihat sebagai 'death warrant'. - Foto Bernama
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Pembinaan semula Gaza dianggar 1 trilion dolar
Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Kabinet Israel telah meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza.
TikTok mula ditutup di AS esok kecuali jika Biden campur tangan
TikTok menyatakan perkhidmatannya akan dihentikan di Amerika Syarikat pada Ahad ini jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberikan jaminan.
Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keraguan terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.