Susulan hari pertama penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac, Prasarana Malaysia Berhad mendapati jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam berkurangan secara ketara.
Bagaimanapun perkhidmatan Rapid Bus masih beroperasi bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang tetap bekerja bagi perkhidmatan-perkhidmatan penting sepanjang tempoh kawalan ini.
"Pengamatan kami sejak Rabu mendapati jumlah penumpang secara keseluruhannya telah menurun sebanyak 66 peratus.
"Bagi Rapid KL penurunan adalah sehingga 65.1 peratus, Rapid Penang 50.8 peratus, Perantara MRT sebanyak 75.7 peratus, Rapid Kuantan 62 peratus dan BRT Laluan Sunway sehingga 79.5 peratus, " kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij dalam satu kenyataan media hari ini.
Berikutan itu, katanya bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 terhadap pelanggan dan kakitangan, Rapid Bus akan menyusun semula kekerapan perkhidmatan bas bagi Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Manjung, Rapid Kamunting dan BRT Laluan Sunway.
Penurunan kekerapan perkhidmatan berdasarkan permintaan (based on demand) secara berperingkat akan bermula pada 21 Mac 2020 sehingga diumumkan kelak.
Di dalam masa itu Rapid Bus memaklumkan akan sentiasa memantau permintaan dan menasihati pelanggan-pelanggan mengenai sebarang perubahan.
Tambahnya, Rapid Bus juga telah mengambil initiatif tambahan untuk menggalakkan para pelanggan supaya merancang perjalanan.
Azyyati Ahmad
Thu Mar 19 2020

Rapid Bus juga telah mengambil initiatif tambahan untuk menggalakkan para pelanggan supaya merancang perjalanan.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Kekerapan Rapid Bus dinilai semula susulan Perintah Kawalan Pergerakan
Penurunan kekerapan perkhidmatan berdasarkan permintaan secara berperingkat bermula 21 Mac 2020 sehingga diumumkan kelak.

Bas Rapid Manjung mula perkhidmatan pada 1 Mac
Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya di bandar-bandar besar.

Kerajaan akan biayai RM1 bilion kos pembangunan BRT Johor
Kerajaan pusat akan membiayai RM1 billion kos pembangunan Bas Rapid Transit (BRT) daripada jumlah keseluruhan kos yang dijangka menelan belanja RM2.6 billion.