SABAK BERNAM: Masalah kekurangan bekalan makanan ayam iaitu jagung dari Brazil antara punca harga barangan itu mengalami kenaikan yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Nik Zawawi Salleh.
"Saya yakin apabila masalah COVID-19 selesai, harga ayam akan turun, sebab isunya adalah harga makanan (ayam). Makanan ini bukan kita yang naikkan harga, ia adalah harga antarabangsa dari Brazil yang kita import jagung. Di sana sekarang pun tidak cukup.
"Jadi apabila jadi rebutan dalam dunia, harga di semua negara naik bukan kita sahaja. Di Jordan, harga ayam kira-kira RM18 sekilogram, kenaikan di negara lain lebih parah daripada kita dan kerajaan mereka tidak mampu (memberi subsidi)," katanya pada pemberita selepas meninjau Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di Sungai Burong, Sekinchan, di sini hari ini.
Nik Muhammad Zawawi berkata Malaysia antara negara yang memberi subsidi kepada rakyat selepas berlakunya pandemik COVID-19 dan apabila negara dilanda banjir luar biasa baru-baru ini kerana kerajaan masih mampu memberi bantuan kepada rakyat.
"Banyak negara lain tiada kemampuan (memberi bantuan pada rakyat)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Nik Zawawi berkata, kenaikan harga ayam di negara lain lebih parah dan kerajaan mereka tidak mampu memberi subsidi. - Gambar hiasan/ Facebook/ Ayam Bismi Segar Halal Suci
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.