KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat fardu, solat Jumaat dan solat tarawih dilakukan tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau di negeri itu bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
"Selain solat fardu dan solat Jumaat, turut dibenarkan solat tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat dan qiamullail pada bulan Ramadan.
"Semua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah khas, umum dan lain-lain termasuk program Ihya Ramadan adalah dibenarkan beroperasi seperti biasa tanpa penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata pihak masjid, surau dan musala hanya dibenarkan menyediakan menu jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.
"Hanya jemaah yang tidak mempunyai apa-apa gejala COVID-19 sahaja dibenarkan hadir manakala jemaah bergejala tidak dibenarkan hadir.
"Semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka dan diwajibkan membawa sejadah masing-masing serta tidak dibenar bersalaman antara satu sama lain," katanya.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) masjid, surau dan musala yang lain dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini.
"SOP masjid, surau dan musala ini adalah selaras dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.
"SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau, musala.
"Tindakan sewajarnya akan diambil atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah S.W.T pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
![Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590597149_imammasjid.jpg)
Selain solat fardu dan solat Jumaat, turut dibenarkan solat tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat dan qiamullail pada bulan Ramadan. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi! Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595654_AwieMBOR.jpg)
Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.
![Wanita ditemui mati dalam tandas Wanita ditemui mati dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739599151_WanitaMautTandas.jpg)
Wanita ditemui mati dalam tandas
Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan di Batu Gajah pada Sabtu.
![Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739595287_TBZaliha.jpg)
Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.
![Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739597935_TBbotterbalik.jpg)
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.
![CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739590711_CaptainNorazmanMah.jpg)
CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.
Hampir 10,000 kakitangan agensi kerajaan dipecat pentadbiran Trump
Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk untuk mengurangkan birokrasi negara itu secara ketara menyaksikan pemecatan hampir 10,000 kakitangan kerajaan Persekutuan.
AWANI Ringkas: Isu hal ehwal agama bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710167277_solattarawihmasji.jpg)
Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang
Tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika pandemik COVID-19.
![Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711250393_WanSalimWanMohdN.jpg)
Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Katanya, kejahilan sering merugikan dan oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.
![Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692889680_SultanNazrin.jpg)
Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.
![Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di Kedah mulai 1 April Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di Kedah mulai 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81437052643_SOLAT.jpg)
Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di Kedah mulai 1 April
Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau juga dibenarkan dengan pematuhan SOP.
![Selangor benar rapat saf solat berjemaah mulai 1 April Selangor benar rapat saf solat berjemaah mulai 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648358072_JAISbenarkanrapat.jpg)
Selangor benar rapat saf solat berjemaah mulai 1 April
Solat tarawih juga dibenar dilaksanakan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di negeri ini.
![Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590597149_imammasjid.jpg)
Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April
Perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
![P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621751433_solatsolatjenazah.jpg)
P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.
![Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647861231_SYEDSIRAJUDDIN.jpg)
Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi
Kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid, namun larangan tetap dikenakan terhadap individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti COVID-19.
![Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647484712_TBSOLATJUMAAT.jpg)
Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April
Jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.
![Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641384495_solatsolatjenazah.jpg)
Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri
Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.