GUA MUSANG: Negeri Kelantan merekodkan sejarah baharu apabila memiliki ladang durian Musang King terbesar di negara ini yang berkeluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, ladang milik Sindiyan Plantation Sdn Bhd (Sindiyan) itu dilihat mampu membawa nama Kelantan di pentas luar negara terutama Asia sebagai pengeluar utama Musang King pada masa hadapan.
Menurutnya, Musang King berasal dari Kelantan dan rakyat mengenalinya sebagai Raja Kunyit.
"Kita rancang dengan Sindiyan untuk buat agropelancongan di sini. Tempatnya sangat cantik dan mungkin satu masa nanti orang Kelantan dan rakyat Malaysia boleh datang ke sini untuk menikmati apa sahaja yang berasal dari durian.
"Durian segar, kuih-kuih diperbuat daripada durian, aiskrim durian dan minuman perasa durian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’ kepada pihak Sindiyan yang dinobatkan sebagai ladang durian Musang King terbesar di Malaysia di Tanah Tinggi Lojing, pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd, Datuk Anna Teo berkata, Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.
Katanya, sejak tahun 2016 pihaknya sudah memulakan pelbagai kaedah untuk menanam dan akhirnya berjaya mengembangkan tanaman berkenaan.
"Memang ini rancangan kita sebab kebanyakan orang bekerja di Kuala Lumpur atau di luar negara, mereka tidak pernah makan durian di bawah pokok.
"Kita mahu membawa mereka datang ke sini untuk makan durian bersama keluarga mereka dan makan dalam suasana yang memang selesa.
"Sekarang kita mahu menamakan durian kita Lojing, Kelantan kerana cuaca panas dan segala yang membantu mendapatkan kualiti yang bertaraf dunia," katanya.
Tambahnya, usahasama Ladang Sindiyan dan Syarikat Hernan Corporation Sdn Bhd juga menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun.
Katanya, sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan durian, syarikat itu telah mengembangkan operasi di peringkat global untuk memenuhi permintaan durian di luar negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Muhafandi Muhamad
Fri Sep 15 2023
![Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694737163_durianmusangking.jpg)
Mohamed Fadzli (kiri) ketika Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records kepada pihak Sindiyan yang dinobatkan sebagai ladang durian Musang King terbesar di Malaysia. - Gambar Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715755478_buahdurian.jpg)
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
![Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694737163_durianmusangking.jpg)
Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar
Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.
![Banjir Baling: Kelulusan ladang hutan di Gunung Inas era BN, tebang balak 2018 Banjir Baling: Kelulusan ladang hutan di Gunung Inas era BN, tebang balak 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657557158_TBSANUSIAIR.jpg)
Banjir Baling: Kelulusan ladang hutan di Gunung Inas era BN, tebang balak 2018
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kawasan yang ditanam durian musang king terbabit dipercayai dilakukan penebangan balak antara tahun 2018 dan 2019.
![Banjir Baling: SPRM cari unsur rasuah, salah laku dalam projek ladang durian di Gunung Inas Banjir Baling: SPRM cari unsur rasuah, salah laku dalam projek ladang durian di Gunung Inas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657465583_TBBANJIR.jpg)
Banjir Baling: SPRM cari unsur rasuah, salah laku dalam projek ladang durian di Gunung Inas
Ia adalah langkah awal suruhanjaya itu untuk mengenal pasti sekiranya wujud sebarang kesalahan di bawah bidang kuasanya.
![Banjir Baling: SPRM siasat projek musang king Banjir Baling: SPRM siasat projek musang king](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657375205_TBBALINGBANJIR.jpg)
Banjir Baling: SPRM siasat projek musang king
Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, setakat ini tiada mana-mana individu atau pihak yang tampil membuat laporan rasmi kepada SPRM.
![Banjir Baling: Laporan EIA ladang hutan dilulus setelah langkah pencegahan mencukupi Banjir Baling: Laporan EIA ladang hutan dilulus setelah langkah pencegahan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657366549_TBRAYAMUSNAH.jpg)
Banjir Baling: Laporan EIA ladang hutan dilulus setelah langkah pencegahan mencukupi
Langkah pencegahan, mitigasi dan kawalan pencemaran adalah mencukup di kawasan terbabit.
![Banjir Baling: Dakwaan tanaman durian jadi punca, Ahli Parlimen desak projek dihenti Banjir Baling: Dakwaan tanaman durian jadi punca, Ahli Parlimen desak projek dihenti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657011391_BanjirkgIboi.jpg)
Banjir Baling: Dakwaan tanaman durian jadi punca, Ahli Parlimen desak projek dihenti
Penduduk di kawasan sekitar telah menghantar memorandum bantahan projek itu kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
![SPRM kaji dokumen kes pencerobohan tanah ladang durian di Raub SPRM kaji dokumen kes pencerobohan tanah ladang durian di Raub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599053004_AzamBaki.jpg)
SPRM kaji dokumen kes pencerobohan tanah ladang durian di Raub
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata dokumen yang diperolehi pegawainya itu datang daripada Pejabat Daerah dan Tanah Raub, Pejabat Hutan Daerah Raub dan Pejabat Renjer Raub.
![SPRM nafi panggil 50 pekebun siasat isu ceroboh tanah kerajaan Pahang SPRM nafi panggil 50 pekebun siasat isu ceroboh tanah kerajaan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600148075_SERIAZAMBAKI.jpg)
SPRM nafi panggil 50 pekebun siasat isu ceroboh tanah kerajaan Pahang
Pada 1 Ogos, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di tanah kerajaan negeri.
![Ceritalah ASEAN - Memburu durian: Bagaimana permintaan Raja Buah membabitkan isu rampasan tanah Ceritalah ASEAN - Memburu durian: Bagaimana permintaan Raja Buah membabitkan isu rampasan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51548711334_CeritalahASEAN.jpg)
Ceritalah ASEAN - Memburu durian: Bagaimana permintaan Raja Buah membabitkan isu rampasan tanah
Menyahut permintaan dari negara berpopulasi besar seperti China meninggalkan impak yang besar terhadap alam sekitar dan nasib suku kaum minoriti.