GUA MUSANG: Kelantan mengambil inisiatif menghantar lebih 37 tan bantuan makanan kepada 2,086 ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli menerusi jalan darat dan udara, di 10 penempatan pedalaman yang terjejas berikutan jalan perhubungan rosak, kesan daripada Monsun Timur Laut.
Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah (PKOB) Ab Pattah Hasbullah berkata operasi penghantaran bermula dengan konvoi kenderaan menghantar lebih 12 tan makanan melalui jalan darat bermula Khamis lepas.
Katanya 11 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan untuk menghantar bekalan makanan ke empat pos penempatan.
"Manakala, lebih 25 tan bekalan makanan lagi akan dihantar ke enam buah pos penempatan menggunakan perkhidmatan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Ab Pattah berkata setiap keluarga terlibat menerima bantuan bekalan makanan asas seberat 18 kilogram.
"Sejumlah 673 keluarga di Pos Pasik, Pos Kuala Wook, Pos Tohoi dan Pos Pulat telah menerima bantuan berupa beras, tepung beras, gula, biskut, susu, sardin, kicap, bihun, mi segera, serbuk kopi dan teh.
"Manakala bantuan makanan kepada 1,413 KIR di Pos Gob, Pos Simpor, Pos Belatim, Pos Hau, Pos Balar dan Pos Bihai akan dihantar menggunakan perkhidmatan helikopter Unit Udara JBPM," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata operasi tersebut melibatkan tiga helikopter iaitu Agusta 109 E (A109E), Agusta Westland 189 (AW189) dan Mi-17-IV yang kini sudah bersedia untuk berlepas apabila cuaca baik.
"Tiga aset helikopter sudah bersedia di Gua Musang namun operasi penghantaran mengalami sedikit kelewatan memandangkan cuaca hujan.
"Operasi dijangkakan akan mengambil masa tiga hingga empat hari bergantung kepada keadaan cuaca semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023

Sejumlah 673 keluarga di Pos Pasik, Pos Kuala Wook, Pos Tohoi dan Pos Pulat telah menerima bantuan berupa beras, tepung beras, gula, biskut, susu, sardin, kicap, bihun, mi segera, serbuk kopi dan teh. - Foto PKOB
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu
Kerajaan Johor meluluskan 20 lokasi baharu bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini, selaras perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad mulai 2025.

Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM4.8 juta menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu membabitkan 62 unit rumah di Negeri Sembilan tahun ini.

Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital
Pesakit mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.

Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.

Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.

Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal
50 keluarga masih enggan pulang ke rumah masing-masing khususnya yang terletak di kawasan lebih rendah.

Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.