KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju meluluskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 dan dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata berdasarkan kajian, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan mencadangkan memansuhkan Enakmen sedia ada iaitu Enakmen Hiburan Tahun 1998 dengan menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan yang baharu.
Beliau berkata draf Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan telah dipertimbangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang kali ke sembilan pada 8 Mei dan disahkan pada 15 Mei lepas.
"Pada masa yang sama, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan juga sedang mengkaji dan menggubal peraturan-peraturan di bawah RUU baharu itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Norsham Sulaiman (PAS-Semerak) berhubung status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang sekian lama tidak dipinda pada persidangan DUN di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata antara penambahbaikan mengenai cadangan penggubalan RUU terbabit adalah pewujudan kesalahan-kesalahan baharu seperti larangan terhadap aktiviti hiburan mengandungi, mempromosi, mempunyai atau diselitkan dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan akhlak, tatasusila dan moral.
"Selain itu, kesalahan yang menyokong atau menormalisasikan LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri), memecah belah keharmonian dan perpaduan kaum, menghina agama dan percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan dan kawalan.
"Kadar denda bagi kesalahan-kesalahan di dalam RUU ini dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 untuk memberi pengajaran kepada individu atau perbadanan supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.
Beliau berkata RUU baharu ini juga akan menambah baik dan memantapkan prosedur penguatkuasaan berkaitan kuasa untuk menyiasat serta menyita peralatan hiburan termasuk barangan elektronik.
"Pewujudan permohonan lesen, penjualan tiket dan serahan notis secara elektronik dengan mengambil kira medium alam maya iaitu secara elektronik dan peruntukan berkenaan tanggungan kos bagi memindahkan atau menyimpan barangan sitaan yang menjadi hutang kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan yang boleh dijadikan hasil kepada kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Mohamed Fadzli berkata Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan mencadangkan memansuhkan Enakmen sedia ada. - Gambar fail/Bernama
#AWANIRingkas 3 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 3 Mac 2025
1️⃣ Hanya sebab tutup suis tv, suspek mengamuk bunuh ibu
2️⃣ Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
3️⃣ Lisa Blackpink artis k-pop pertama buat persembahan di Oscars
#awaniringkas
1️⃣ Hanya sebab tutup suis tv, suspek mengamuk bunuh ibu
2️⃣ Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
3️⃣ Lisa Blackpink artis k-pop pertama buat persembahan di Oscars
#awaniringkas
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau
Mobile World Congress (MWC) 2025, acara kesalinghubungan, teknologi dan inovasi terbesar serta paling berpengaruh di dunia membuka tirai hari ini.

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.
Agenda AWANI: Kumpulan MBI Selangor | Pemacu pertumbuhan ekonomi & kemakmuran negeri
Sejauh mana potensi dan strategi Kumpulan MBI Selangor memacu perkembangan ekonomi, pembangunan kapasiti dan tadbir urus lestari? Bagaimana adaptasi inovasi dan teknologi mencipta peluang dan manfaat kepada rakyat Selangor? Diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Putera Hisahito Jepun, kedua dalam turunan takhta, ikrar penuhi peranan
Putera Hisahito berkata peranan simbolik maharaja "ialah satu kehadiran yang sentiasa memikirkan rakyat dan kekal hampir dengan mereka."

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.

Kelantan setuju lulus cadangan pindaan enakmen kawalan hiburan baharu
Kerajaan Kelantan bersetuju meluluskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024.