KUALA LUMPUR: Kegagalan subkontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja pendawaian, menjadi punca projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor lambat disiapkan mengikut jangkaan sebelum ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata susulan itu, proses untuk melantik subkontraktor baharu sedang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui proses tender terbuka, bagi meneruskan kerja-kerja tersebut.
"Projek kolam selam tempur itu ada masalah dengan subkontraktor lantikan yang tidak dapat menjalankan kerja elektrik dan sebagainya, dan terpaksa cari pengganti.
"Kontraktor lantikan ini biasanya ada kepakaran dan keupayaan, tidak mudah untuk cari ganti, prosesnya perlu tender maka ambil masa. Kita dapat jaminan daripada JKR mengenai perkara ini diberi perhatian khusus... harap dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Tapak ke Perumahan Projek SASaR (Satu Anggota Satu Rumah) di Sungai Besi di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata projek berkenaan kini telah 98.4 peratus siap.
Beliau berkata walaupun projek itu merupakan projek Kementerian Pertahanan, tetapi ia dikendalikan oleh JKR dan sekiranya berlaku kelewatan pembinaan, kontraktor yang terbabit akan dikenakan penalti.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.
Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, sehingga kini masih dalam pembinaan selain papan tanda projek dirobohkan.
Majlis pecah tanah kolam berkenaan disempurnakan Sultan Ibrahim pada Mei 2018.
Fasiliti yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mock up kapal, entry point bagi kemasukan melalui udara serta banyak lagi kemudahan asas sokongan operasi itu, amat diperlukan anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompetensi individu dan pasukan, khususnya dalam menangani ancaman daripada domain maritim.
Sementara itu, susulan krisis yang melanda di Timur Tengah melibatkan Iran dan Israel, Mohamed Khaled berkata anggota dan pegawai pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 di Lubnan, dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
"Laporan yang kita terima, semua mereka berada dalam keadaan selamat...pasukan kita berkhidmat dan ditempatkan bukan di kawasan sempadan antara Lubnan dan Israel tetapi ke dalam sikit. Tetapi kita sentiasa memaklumkan kepada mereka untuk mengutamakan keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024

Kegagalan subkontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja pendawaian, menjadi punca projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor lambat disiapkan mengikut jangkaan sebelum ini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.

Projek kolam selam tempur lewat siap: Jejas kebolehupayaan latihan GGK - PTD
Kelewatan menyiapkan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor boleh menjejaskan kebolehupayaan latihan pasukan Gerup Gerak Khas (GGK).

Kelewatan pembinaan kolam selam tempur: Subkontraktor gagal laksana kerja pendawaian
Susulan itu, proses untuk melantik subkontraktor baharu sedang dilaksanakan JKR melalui proses tender terbuka, bagi meneruskan kerja-kerja tersebut.

Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.