KUALA LUMPUR: Kelewatan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 yang hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 mengecewakan banyak pihak, kata Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Jelasnya, walaupun hakikatnya perkara ini telah melalui proses yang panjang di Parlimen, ia turut mengambil kira parti politik serta semua aspek yang melibatkan anak muda dan pemegang taruh yang berkaitan.
"Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, saya kira kita perlu berani berhadapan dengan semua peringkat umur untuk mendapatkan legitimasi pemerintahan melalui proses demokrasi.
"Laluan kepada pemimpin muda perlu dibuka seluas-luasnya, penyertaan anak muda seawal 18 tahun dalam proses demokrasi khususnya pilihan raya adalah satu medan terbaik untuk mereka menentukan masa depan negara.
"Sokongan anak muda juga semakin menonjol terhadap pemerintahan Perikatan Nasional (PN) hasil daripada usaha dan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama sekali dalam menangani permasalahan dan cabaran pandemik COVID-19.
"Sekiranya mereka diberi peluang, saya yakin dan percaya anak muda ini, mereka boleh memilih secara rasional dan inilah masanya untuk mereka menyuarakan dan juga memperjuangkan isu yang membelenggu kumpulan ini supaya isu mereka ini tidak lagi dipandang enteng.
"Inilah masanya untuk mereka terus buka mata dan peduli tentang isu-isu yang berlaku di sekitar mereka supaya mereka lebih matang," katanya semasa sidang video pada Jumaaat.
BACA: Undi18, daftar pemilih automatik tidak sempat dilaksana tahun ini - SPR
BACA: Undi18: Alasan SPR tidak masuk akal, MUDA ambil tindakan mahkamah
Pada Khamis, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menjangkakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022, sekali gus menyaksikan ia tidak sempat dilaksanakan pada Julai tahun ini sepertimana jangkaan awal.
Katanya, tempoh tersebut dibuat selepas menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR termasuk penularan wabak COVID-19.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati berharap dapat melihat lebih ramai calon-calon muda dalam kalangan wanita dapat diketengahkan untuk pilihan raya yang akan datang.
Tegasnya, ia memastikan hak dan juga isu-isu kumpulan ini juga dapat diketengahkan sekali gus mencapai sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam membuat keputusan.
Astro Awani
Fri Mar 26 2021

Kelewatan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 yang hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 mengecewakan banyak pihak. - Gambar hiasan/REUTERS
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
ASEAN perlu mengambil sikap berkecuali proaktif dalam menangani pertembungan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan China.

PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.

Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.

Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.

Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.

PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.

PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein

PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.