KOTA BHARU: Selendang kelingkan Kelantan dipercayai terbesar dan terpanjang pernah dihasilkan di dunia bernilai RM20,000 dimiliki oleh sepasang suami isteri dari daerah ini.
Kelingkan bersaiz sepanjang tiga meter (m) dan selebar 1.3m itu dimiliki oleh Nik Faiz Nik Amin, 38, dan pasangannya, Anis Najihah Shamsudin, 28.
Nik Faiz yang juga Pengasas dan Pengarah Kreatif sebuah syarikat tekstil batik berkata, seledang kelingkan berwarna pastel bersulam benang berwarna keemasan tersebut ditempah khas untuk dihadiahkan kepada Anis Najihah semasa mereka diijab kabulkan.
Selendang itu digayakan bersama busana songket pengantin pada majlis resepsi mereka di sebuah hotel di sini pada 22 Januari lalu.
Katanya, individu penting di sebalik penghasilan selendang warisan tersebut ialah seorang tukang jahit kelingkan yang satu-satunya masih wujud di Kelantan iaitu Nik Marhammah Nik Megat, 50, yang juga cucu saudara bekas seorang tukang jahit Istana Kelantan, Nik Rahimah Nik Idris, 82.
“Selendang kelingkan bermotif bunga terung pipit ini ialah yang terbesar dan terpanjang di Malaysia atau di dunia.
"Kami percaya kelingkan jenis dari Kelantan ini adalah yang terpanjang dan terbesar kerana hanya Nik Marhammah sahaja tukang jahitnya yang masih ada.
“Seni ini ialah antara warisan Kelantan yang amat berharga namun berada di ambang kepupusan dan saya menempahnya untuk isteri selain akan diwarisi kepada anak cucu kami pada masa depan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.
Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) itu berkata, dia dan isteri turut menzahirkan tema majlis perkahwinan Melayu Kelantan autentik yang berinspirasikan negeri itu pada era 1950–an semasa persandingan tempoh hari.
Nik Faiz yang juga anak kelahiran Kota Bharu berkata, kelingkan ialah selendang sutera sifon bersulam benang logam keemasan yang digayakan oleh kenamaan, kerabat dan bangsawan di Kelantan, namun diancam kepupusan kerana sudah tidak ada lagi pelapis seterusnya untuk mewarisi seni penghasilan kraf tersebut.
“Saya pamerkan konsep kerana ingin menghidupkan kembali adat istiadat Melayu Kelantan dan mengenengahkan seni warisan yang mengalami krisis budaya atau kraf.
“Saya berharap usaha saya ini dapat mengembalikan kegemilangan warisan Melayu dan menjadi rujukan kepada masyarakat serta generasi akan datang agar terus memelihara warisan berharga kita,” ujar Nik Faiz. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 07 2023
Nik Faiz (kanan) menunjukkan kelingkan terpanjang dan terbesar menghiasi Anis Najihah (kiri). - Foto Nik Faiz
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
Kelingkan Kelantan terbesar, terpanjang di dunia
Selendang itu digayakan bersama busana songket pengantin pada majlis resepsi mereka di sebuah hotel di sini pada 22 Januari lalu.
Dituduh jalin hubungan sulit, ibu tergamak cekik mati bayi dengan selendang
Seorang wanita ditahan serta didakwa atas tuduhan membunuh selepas polis di negeri Uttar Pradesh, India menemukan mayat bayi yang disorok dalam sebuah beg guni berhampiran rumahnya.
Suzy cantik berkerudung, selendang jenama Indonesia jadi bualan
Ramai yang mula mencari selendang dari jenama Hijab Princess yang dipakai Suzy itu.