KUALA LUMPUR: Seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) pada 31 Mei 2021, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menawarkan Kelonggaran Pembayaran Cukai dan Penalti, khusus untuk pembayar cukai yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Kelonggaran ini bertujuan untuk meringankan beban pembayar cukai dalam menyelesaikan cukai tertunggak dan penalti cukai mereka.
Kelonggaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:
3.1 Penangguhan pembayaran penalti yang berkaitan dengan kewajipan cukai mereka ke tahun 2022, dengan syarat pembayar cukai terus mematuhi pembayaran amaun prinsipal cukai yang kena dibayar. Penalti-penalti yang termaktub dalam tawaran ini ialah penalti yang dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Setem 1949;
3.2 Pertimbangan permohonan penjadualan semula bayaran cukai bagi pembayar cukai yang kehilangan punca pendapatan atau menghadapi isu untuk menyelesaikan cukai yang tertunggak akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); dan
3.3 Pertimbangan penyemakan semula penalti yang dikenakan sekiranya pembayar cukai mempunyai alasan yang kukuh. Pembayar cukai dikehendaki membuat rayuan ke atas penalti yang dikenakan dan rayuan akan dipertimbangkan dengan melihat setiap asas kes.
Kelonggaran ini hanya terpakai kepada pembayar cukai yang terjejas pendapatannya akibat penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP. Pembayar cukai yang tidak terjejas perlu meneruskan pembayaran cukai seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuatkuasa.
Pembayar cukai yang berhasrat untuk memohon kelonggaran ini disyorkan untuk menghubungi Pejabat Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka.
Selain itu, LHDNM telah menyediakan Soalan Lazim Berkaitan Urusan Percukaian Dalam Tempoh PKP 3.0 (Frequently Asked Questions - FAQ) berkaitan perkara ini selain menyentuh isu-isu penghantaran borang nyata cukai pendapatan dan pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh PKP 3.0.
FAQ tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:
Versi Bahasa Melayu:
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_1.pdf
Versi Bahasa Inggeris:
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_2.pdf
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
8.1. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
8.2. HASiL Live Chat; dan
8.3. Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
![Kelonggaran pembayaran cukai dan penalti di bawah program Pemerkasa PLUS Kelonggaran pembayaran cukai dan penalti di bawah program Pemerkasa PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620581069_TBLHDN.jpg)
Pembayar cukai yang berhasrat memohon kelonggaran disyorkan menghubungi Pejabat Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pemerkasa PLUS: Malaysia mampu capai 150,000 dos pemberian vaksin sehari Pemerkasa PLUS: Malaysia mampu capai 150,000 dos pemberian vaksin sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622466859_PPVAZWTCKL.jpg)
Pemerkasa PLUS: Malaysia mampu capai 150,000 dos pemberian vaksin sehari
Beliau juga faham dan peka dengan keluhan rakyat yang mengalami kesukaran untuk menghadiri PPV terutamanya warga emas dan mereka yang tinggal jauh.
![Pemerkasa PLUS: RM1 bilion peruntukan tambahan untuk KKM Pemerkasa PLUS: RM1 bilion peruntukan tambahan untuk KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622205842_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Pemerkasa PLUS: RM1 bilion peruntukan tambahan untuk KKM
Tambahan peruntukan tersebut adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.