ISKANDAR PUTERI: Kelonggaran untuk membenarkan rakyat Malaysia di Singapura yang telah divaksin pulang ke negara terutama bagi menyambut perayaan Aidilfitri sedang diteliti.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata kelonggaran ini termasuklah dengan menyediakan pas laluan hijau khas buat mereka yang terlibat.
"Ya, ini adalah antara perkara yang hendak disusun... pekerja-pekerja yang terlibat dan selamat divaksin mungkin kita akan beri pas laluan hijau khas untuk mereka.
"Perkara ini kita kena duduk berunding dan perhalusi dalam kategori kluster yang patut dan boleh diberi kelonggaran," kata beliau kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan Program Ziarah Kasih sempena Ihya Ramadhan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) di sini hari ini.
Mohd Izhar berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kelonggaran diberi terhadap pekerja Malaysia yang telah divaksin di Singapura untuk pulang ke negara bagi menyambut Aidilfitri.
Menurut beliau, keperluan vaksinasi adalah antara syarat yang dipersetujui kerajaan Malaysia dan Singapura dalam rundingan untuk membuka semula pintu sempadan dan justeru itu, Johor akan mengikutinya.
"Kita diminta agar semua rakyat kita divaksin. Jadi Johor akan mengambil langkah proaktif untuk segerakan proses vaksinasi bagi membolehkan kebenaran persetujuan pembukaan pintu sempadan dengan Singapura tercapai," katanya.
Beliau juga berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong dijangka mengadakan perbincangan mengenai perkara itu pada awal bulan depan.
Pada program berkenaan, sebanyak 500 bakul makanan diedarkan kepada 500 penerima yang memerlukan merangkumi empat daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Pontian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021

Mohd Izhar melakukan pelepasan konvoi Program Ziarah Kasih Ramadan Sempena Ihya Ramadan MPUNJ di pejabat Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Iskandar Puteri, hari ini. Turut kelihatan Pengarah Eksekutif PUJB Ashari Kasnan (kanan). --fotoBERNAMA

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Bolehkah sengaja tak pergi solat Jumaat kerana bermusafir?
Masyarakat diingat agar memastikan terlebih dahulu sama ada kita memenuhi syarat orang yang dibenarkan melakukan keringanan atau tidak.

Kelonggaran mengisi MDAC sehingga 31 Disember
Warga asing yang ingin memasuki negara ini diberi kelonggaran sehingga 31 Disember ini mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) di pintu masuk negara.

Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan menjelaskan protokol bahari itu berkuat kuasa serta merta.

COVID-19: Thailand beri lebih banyak kelonggaran
Pelawat juga tidak lagi perlu mengemukakan keputusan ujian pantas COVID-19 semasa ketibaan.

COVID-19: Kelonggaran SOP di 'komuniti bebas COVID' China
Di beberapa kawasan, pusat ujian saringan dibangunkan bagi memudahkan urusan petugas kesihatan.

PRN Johor: KKM syor beri kelonggaran penceramah dibenar buka pelitup muka - Khairy
Bagaimanapun, kelonggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dibenarkan, sekiranya terdapat penjarakan fizikal yang sesuai dalam aktiviti berkempen.

Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech
Perdana Menteri Petr Fiala berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran dalam bulan ini.

PM beri bayangan lebih banyak kelonggaran aktiviti sukan, riadah
Lebih banyak aktiviti sukan dan riadah akan dibuka selepas kelonggaran pertama yang diberikan bermula 9 September lepas.

Tabika, taska, pusat jagaan harian dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1, 2 PPN - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada beberapa sektor.

Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih, catat aliran masuk RM6.6 juta minggu lepas
Para pelabur memulakan urus niaga minggu lepas sebagai pembeli bersih, memperoleh RM20.8 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.