KUALA LUMPUR : Kerajaan memutuskan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) beberapa sektor bagi setiap fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di semua negeri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kelonggaran itu termasuk pengoperasi Rehat dan Rawat (R&R) yang dibenarkan beroperasi penuh 24 jam bermula esok, 16 Oktober 2021.
"Kenderaan e-hailing dibenarkan mengambil penumpang berdasarkan kapasiti tempat duduk kenderaan bagi semua fasa PPN juga bermula pada tarikh yang sama.
"Selain itu, pengurangan tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi pengembara dari luar negara berkuatkuasa pada Isnin iaitu 18 Oktober 2021.
"Tujuh hari kuarantin di rumah atau stesen kuarantin bagi pengembara dengan vaksinasi lengkap.
"Manakala, 10 hari kuarantin bagi pengembara yang tiada atau tidak lengkap vaksin," kata beliau.
Menurut Ismail Sabri lagi, pengurangan tempoh kuarantin bagi kontak rapat juga adalah sama berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Kelonggaran lain termasuk pembukaan perkhidmatan pusat siber dan kafe siber dipersetujui dengan penyelarasan kapasiti berkuatkuasa 17 Oktober 2021.
"80 peratus kapasiti bagi Fasa 3 dan 100 peratus bagi Fasa 4.
"SOP pelaksanaan pelancongan ke luar negeri bagi tujuan umrah yang telah dibentangkan di Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik bertarikh 27 September 2021 diwartakan selaras dengan pengumuman kebenaran rentas negeri dan negara bermula 11 Oktober 2021.
"Sehubungan itu, jemaah dibenarkan mengerjakan umrah selaras dengan keputusan memansuhkan keperluan MyTravelPass untuk ke luar negara berkuatkuasa 18 Oktober depan," jelas beliau lebih lanjut.
Sementara itu, bagi sektor mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) dibenar secara bersemuka dan ianya tertakluk buat individu yang lengkap divaksin.
"Ianya dilaksana bermula 18 Oktober 2021, dengan syarat perlu melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebelum acara menerusi kaedah saliva test atau RTK-Antigen, mematuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kapasiti 50 peratus mengikut ruang," ujar beliau.
BACA: PPN: Peralihan fasa di lapan negeri, Melaka dan Lembah Klang ke Fasa 4 - PM
Kerajaan turut bersetuju untuk melaksanakan program rintis protokol test and release (T&R) dengan syarat perjalanan yang ketat dan terhad bagi lawatan rasmi kepada kumpulan pengembara yang dikenal pasti.
Menurut Perdana Menteri kumpulan yang tersenarai adalah pembesar negara, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri, exco kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen dan pegawai-pegawai kerajaan.
Ujar beliau pelaksanaan, program rintis ini akan berkuatkuasa pada 18 Oktober 2021 dan akan turut diperluaskan buat pengembara perniagaan dalam waktu terdekat.
"Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bersama dokumen sokongan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan kelulusan.
"Selain itu, menjalani ujian RT-PCR tiga hari sebelum berlepas pulang ke Malaysia dan ujian yang sama setibanya di mana-mana pintu masuk negara," katanya.
Bagaimanapun syarat-syarat ini terhad kepada pengembara yang tiba dari negara yang berisiko rendah sahaja dan individu yang lengkap divaksin.
"Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.
"Patuhi setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri," seru beliau dalam kenyataan sama.
Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi lapan negeri bermula Isnin (18 Oktober).
Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3.
Manakala, Melaka dan Lembah Klang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4.
Nickyson Nyambar
Fri Oct 15 2021
![Kelonggaran SOP: Lepas ini boleh singgah R&R, sudah boleh beroperasi 24 jam! Kelonggaran SOP: Lepas ini boleh singgah R&R, sudah boleh beroperasi 24 jam!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81591689900_RehatdanRawat.jpg)
Kerajaan memutuskan untuk melonggarkan SOP beberapa sektor. Antaranya pengoperasian R&R, e-hailing mengikut kapasiti kenderaan serta pengurangan tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi pengembara dari luar negara. - Gambar Fail
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
![Rentas negeri tidak termasuk dalam pengurangan SOP - Hishammuddin Rentas negeri tidak termasuk dalam pengurangan SOP - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632127680_ismailsabri.jpg)
Rentas negeri tidak termasuk dalam pengurangan SOP - Hishammuddin
Kebenaran merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
![Pembukaan industri kreatif adalah satu keperluan - Annuar Pembukaan industri kreatif adalah satu keperluan - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629036184_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Pembukaan industri kreatif adalah satu keperluan - Annuar
Pembukaan industri kreatif dan beberapa sektor hiburan di dalam fasa peralihan dari pandemik ke endemik adalah satu keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
![Kerajaan umum kelonggaran SOP Fasa 1 PPN untuk industri kreatif - Perdana Menteri Kerajaan umum kelonggaran SOP Fasa 1 PPN untuk industri kreatif - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630575175_PerdanaMenteri.jpg)
Kerajaan umum kelonggaran SOP Fasa 1 PPN untuk industri kreatif - Perdana Menteri
Kerajaan akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif pada 9 September ini untuk memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja.
![Kelonggaran SOP kuarantin, sektor ekonomi di Labuan mulai 1 Sept Kelonggaran SOP kuarantin, sektor ekonomi di Labuan mulai 1 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630677825_BulatanMerdeka.jpg)
Kelonggaran SOP kuarantin, sektor ekonomi di Labuan mulai 1 Sept
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Labuan telah bersetuju melonggarkan kuarantin wajib ke atas pengunjung dan kru kapal yang memasuki Wilayah Persekutuan itu.
![Kelonggaran SOP bagi individu lengkap 2 dos vaksin diumum beberapa hari lagi - PM Kelonggaran SOP bagi individu lengkap 2 dos vaksin diumum beberapa hari lagi - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627133550_PerdanaMenteriMuh.jpg)
Kelonggaran SOP bagi individu lengkap 2 dos vaksin diumum beberapa hari lagi - PM
Mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.
![Peralihan fasa PPN: Ismail Sabri akan umum nilai ambang negeri-negeri esok Peralihan fasa PPN: Ismail Sabri akan umum nilai ambang negeri-negeri esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624792298_DatukSeriIsmailSa.jpg)
Peralihan fasa PPN: Ismail Sabri akan umum nilai ambang negeri-negeri esok
Ismail Sabri menjelaskan pihaknya sedang menyiapkan penelitan mengenai perkara tersebut.
![Kelonggaran SOP ikut negeri: Kerajaan kaji data COVID-19 - Hamzah Kelonggaran SOP ikut negeri: Kerajaan kaji data COVID-19 - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625224577_HamzahZainuddin.jpg)
Kelonggaran SOP ikut negeri: Kerajaan kaji data COVID-19 - Hamzah
Kerajaan akan membuat kajian data berhubung kes COVID-19 seluruh negara, bagi mempertimbangkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.