KANGAR: Tiga keluarga asnaf di Kampung Bakau dan Kampung Sena di sini terkejut dan terharu apabila menerima kunjungan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail untuk menyampaikan sumbangan hari ini.
Menerusi aktiviti Kayuhan MAIPs Peduli, Raja Muda bersama rombongan terdiri daripada ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri, menyantuni dan bertanya khabar rakyat selain melihat sendiri kehidupan mereka.
Warga emas Md Saad Ibrahim, 71, yang terkejut dengan keberangkatan baginda berkata beliau berasa sebak dan terharu dengan kunjungan baginda ke kediamannya di Kampung Bakau di sini bagi mengurniakan bantuan kewangan, kotak makanan dan keperluan asas.
Bekas pemandu teksi itu berkata kesediaan Tuanku Syed Faizuddin berangkat ke rumahnya menunjukkan baginda seorang yang prihatin dan mengambil berat keadaan rakyat.
"Raja kita ni (baginda) seorang yang sangat prihatin, sanggup mai (datang) ke rumah kami yang biasa ini. Saya rasa terharu dan sebak," katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Sementara itu, seorang lagi asnaf yang dikunjungi baginda, Shahrom Dahaman, 70, berkata dia sering menonton di televisyen berita Tuanku Syed Faizuddin melawat asnaf dan tidak menyangka kali ini gilirannya.
Shahrom berkata dia yang tinggal bersama ibunya yang uzur, Aishah Teh, 88, dan adik perempuannya yang juga seorang orang kurang upaya, Rafidah, 55, gembira dengan kehadiran Raja Muda.
"Makcik (Shahrom) rasa seronok sebab baginda sendiri mai (datang) rumah kami sampaikan sumbangan. Rasa nak menangis," katanya.
Program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Raja Muda Perlis yang dilaksanakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mulai 2013, telah menyantuni 38,995 asnaf dengan sejumlah RM24.77 juta sumbangan wang zakat diagihkan setakat tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Tuanku Syed Faizuddin berkenan menziarahi Rafidah yang tinggal bersama ibunya dan kakaknya di Kampung Sena pada Kayuhan MAIPs Peduli di Kangar semalam. --fotoBERNAMA
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Keluarga asnaf terharu terima kunjungan Raja Muda Perlis
Raja Muda bersama rombongan Kayuhan MAIPs Peduli menyantuni dan bertanya khabar rakyat selain melihat sendiri kehidupan mereka.