MELAKA: Bertekad menjadi anak pertama dalam keluarga yang melanjutkan pelajaran ke universiti menyuntik semangat Muhammad Farriezs Mohd Yunus, 20, untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata dorongan dan sokongan ibu bapa turut menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk tekun belajar hingga akhirnya memperoleh Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan itu.
"Saya tanam keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh kerana abang dan kakak tidak berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading sebelum ini.
"Jadi, saya bertekad untuk membanggakan mereka selain turut berterima kasih kepada guru yang banyak membantu dan mendidik," kata pelajar Kolej Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Sebang itu.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023 peringkat negeri Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Baru di sini semalam.
Muhammad Farriezs berkata setiap hari dia menghabiskan masa kira-kira lima jam untuk mengulang kaji pelajaran dan lebih gemar belajar pada waktu malam kerana suasananya lebih tenang dan sunyi.
"Semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya dapat 8A tetapi gagal mendapat tawaran daripada mana-mana universiti. Memang agak kecewa, tetapi ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar.
"Saya juga tidak anggap belajar di Tingkatan 6 sebagai pilihan terakhir, sebaliknya saya melihat ia sebagai jalan pintas untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Alhamdulillah, hari ini saya berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam empat subjek diambil iaitu Pengajian Am, Ekonomi, Sejarah dan Bahasa Melayu," katanya.
Muhammad Farriezs berkata dia berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaya atau Universiti Sains Malaysia dalam jurusan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Muhammad Farriezs bersama bapa Mohd Yunus Talib (kanan) dan ibu Rohani Jonit (kiri) hadir pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023 peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Baru, 23 Julai 2024. --fotoBERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Anak buruh kampung catat PNGK 4.00, anggap laluan STPM peluang cerah ke universiti
Ia diharap menjadi langkah permulaan untuk Muhammad Syahid memenuhi impian menjadi arkitek suatu masa kelak demi membantu keluarga.

Keluarga jadi inspirasi Muhammad Farriezs untuk muncul pelajar cemerlang STPM
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata dorongan dan sokongan ibu bapa turut menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk tekun belajar.

Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023
Nurhafizah merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin yang mendapat PNGK 4.0.

STPM 2023: Peratusan lulus penuh di Perak meningkat
Seramai 3,012 calon peperiksaan STPM 2023 di Perak mencatat keputusan lulus penuh, meningkat 98.21 peratus berbanding tahun sebelumnya.

STPM 2023 catat PNGK Nasional 2.84, tertinggi sejak dilaksanakan
Keputusan STPM 2023 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.84, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.