Seorang anggota keluarga mangsa letupan bunga api di sini semasa sambutan ambang tahun baharu ingin tahu punca yang menyebabkan bunga api itu meletup dan mencederakan tiga anggota keluarganya.
"Kami enam sekeluarga berada di antara barisan hadapan pengunjung tetapi masih di belakang garisan keselamatan yang dipasang penganjur bila bunga api itu meletup lalu menuju ke arah kami dan orang lain," kata Mohamad Rafiq Ahmad Tarmizi, 19.
Beliau berkata kejadian itu menyebabkan adiknya Nur Qaseh, 8, terkena percikan api, nenek saudaranya Hanizah Abd Rashid, 48, cedera di kepala dan ibu saudaranya Diana Talaha, 31, melecur di tangan dan paha.
Ketiga-tiga mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Seramai 14 orang termasuk kanak-kanak dilapor cedera dalam kejadian itu di padang Kompleks Sukan Pandamaran.
Mohamad Rafiq berkata setakat ini keluarganya belum memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak penganjur majlis sambutan itu.
"Pihak penganjur memberi kerjasama yang baik kepada kami sewaktu di hospital, bagaimanapun kami masih ingin tahu apakah punca bunga api itu meletup di tanah dan menuju ke arah kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017

Ramai menuntut penjelasan tentang insiden yang berlaku di Kompleks Sukan Pandamaran di ambang tahun baharu. - Foto Facebook
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Keluarga mangsa mahu tahu punca bunga api meletup hingga sebabkan kecederaan
Seorang anggota keluarga mangsa letupan bunga api sambutan tahun baharu di Klang ingin tahu punca insiden yang mencederakan tiga anggota keluarganya.