KOTA BHARU: Keluarga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Melor, Md Yusnan Yusof menafikan Allahyarham meninggal dunia disebabkan menerima suntikan vaksin COVID-19.
Anak kedua Allahyarham Md Yusnan, Mohammad Baihaqi, 28, juga kesal dengan pihak yang mengaitkan punca kematian bapanya dengan pengambilan vaksin.
"Kami menafikan perkhabaran yang menyatakan baba meninggal dunia setelah mengambil suntikan vaksin COVID-19 kerana beliau (arwah) sudah lama menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
"Ada beberapa orang yang menulis di media sosial mengaitkan dengan suntikan tersebut. Memang baba ada ambil suntikan tetapi yang terakhir pada 9 April lalu," katanya kepada pemberita selepas pengebumian jenazah bapanya di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hasan, Ketereh di sini hari ini.
BACA:
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Adun Melor
BACA: ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia
Jenazah Md Yusnan yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, selamat dikebumikan pada kira-kira 2.30 petang tadi.
Allahyarham Md Yusnan meninggal dunia di kediamannya di Melor di sini, selepas mengalami serangan jantung pada 2.28 pagi tadi.
Sementara itu, balu Allahyarham, Romaini Mat Daud, 52, berkata, arwah suaminya sempat bergurau dengan anak-anak yang sibuk menyediakan puding di dapur pada sebelah malam.
"Arwah buat-buat mengintai sambil menyorok di belakang pintu sambil melihat anak-anaknya memasak dan dia nampak gembira," katanya.
Bercerita lanjut, Romaini berkata, sebelum tidur beliau sempat mengingatkan arwah agar mengambil suntikan insulin untuk penyakit diabetes yang dihidapi Allahyarham sejak dua tahun lepas.
"Sebelum saya tidur, saya lihat arwah belum tidur dan masih mengemas kini Facebook bagi peringatan Hari Nuzul al-Quran.
"Sebaik sahaja tersedar, saya melihat beliau rebah di tepi katil sambil menyebut 'Allahuakbar' dan kelihatan seolah-olah terkena angin ahmar kerana tangannya kejang dan lidah seperti tertarik," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
![Keluarga nafi ADUN Melor meninggal akibat vaksin COVID-19 Keluarga nafi ADUN Melor meninggal akibat vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619734904_MdYusnanYusof.jpg)
Keluarga Md Yusnan Yusof menafikan Allahyarham meninggal dunia disebabkan menerima suntikan vaksin COVID-19.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738804705_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738802700_tbUSANITAMoUUniv.jpg)
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738636326_TBAgong.jpg)
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
![Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738593583_singapore.jpg)
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.
![Keluarga nafi ADUN Melor meninggal akibat vaksin COVID-19 Keluarga nafi ADUN Melor meninggal akibat vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619734904_MdYusnanYusof.jpg)
Keluarga nafi ADUN Melor meninggal akibat vaksin COVID-19
Keluarga Md Yusnan Yusof menafikan Allahyarham meninggal dunia disebabkan menerima suntikan vaksin COVID-19.
![ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619734904_MdYusnanYusof.jpg)
ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia
Allahyarham dilapor terjatuh sebelum sempat ke bilik air ketika bangun dari tidur awal pagi tadi.