KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis, tujuh tahun lepas.
Peguam Zaid Malek, yang mewakili balu Balamurugan iaitu Natthanan Yoochomsuk dan saudara lelaki mendiang S. Balraj selaku plaintif, memberitahu pemberita bahawa Hakim Su Tiang Joo memberikan RM100,000 sebagai ganti am, RM200,000 sebagai ganti rugi teruk, RM16,000 sebagai ganti rugi khas dan RM22,000 sebagai kos.
Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa polis serta kerajaan bertanggungjawab atas kematian Balamurugan dan memerintahkan jumlah ganti rugi ditaksir secara berasingan.
Plaintif telah memfailkan saman pada 7 Feb 2020 terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan cuai, mengancam dan melakukan serangan fizikal, pemenjaraan salah serta melanggar kewajipan berkanun bagi kematian Balamurugan pada 8 Feb 2017 ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara.
Mendiang ditemukan dengan 20 tanda kecederaan dan pakar patologi mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan oleh penyakit arteri koronari dengan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul.
Menerusi saman itu, kedua-dua plaintif menamakan empat pegawai polis, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Keluarga mendiang turut diwakili peguam Nabila Khairuddin manakala Peguam Kanan Persekutuan Nur Ezdiani Roleb dan Peguam Persekutuan Afiq Nazrin Zaharinan mewakili kesemua defendan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa polis serta kerajaan bertanggungjawab atas kematian Balamurugan dan memerintahkan jumlah ganti rugi ditaksir secara berasingan. - Gambar fail/Astro AWANI

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000
Mahkamah Tinggi memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.

Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.

Kematian OKT dalam tahanan: Setiap kes disiasat secara teliti - PDRM
PDRM akan memajukan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memastikan segala aspek siasatan dilengkapkan.

Tahanan ditemui mati dalam lokap
Suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang.

Dua anggota polis antara empat ditahan bantu siasatan tahanan mati dalam lokap
Dua anggota polis antara empat individu ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.