Kira-kira 170 penduduk di rumah Pangsa Anggerik, Bukit Permai 2, Ampang terjejas apabila bekalan air di kawasan mereka terputus sejak Rabu.
Akibatnya, mereka terpaksa bergantung kepada tangki air Syabas untuk bekalan air dan berharap sistem pam diperbaiki segera agar kehidupan seharian mereka dapat kembali seperti sedia kala.
Bekalan air yang terputus secara tiba-tiba menyebabkan aktiviti seharian seperti memasak dan membasuh terjejas.
Ada juga yang kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai gangguan bekalan air berkenaan.
Ketika ini, harapan penduduk hanya kepada bekalan air daripada tangki Syabas namun tidak pasti berapa lama bekalan air itu dapat bertahan.
Taman Bukit Permai merupakan antara kawasan perumahan yang terjejas susulan kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa MaJu dan Pudu Hulu beberapa hari lalu.
Astro Awani
Thu Jan 03 2013
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Pencemaran bahan kimia punca bekalan air terputus Pencemaran bahan kimia punca bekalan air terputus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71471221715_BathTubTap.jpg)
Pencemaran bahan kimia punca bekalan air terputus
Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata pencemaran bahan kimia yang tinggi berlaku di stesen pam air mentah di Jenderam Hilir.
![Bekalan air di beberapa daerah Selangor pulih berperingkat hari ini Bekalan air di beberapa daerah Selangor pulih berperingkat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436884363_WATERDISRUPTION.jpg)
Bekalan air di beberapa daerah Selangor pulih berperingkat hari ini
Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihenti tugas sejak enam petang semalam akibat pencemaran air mentah telah kembali beroperasi.
Keluhan penduduk ketiadaan bekalan air
Kira-kira 170 penduduk di rumah Pangsa Anggerik, Bukit Permai 2, Ampang terjejas apabila bekalan air di kawasan mereka terputus sejak Rabu