CYBERJAYA: Kem Angkasa Kebangsaan 2024 yang julung kali diadakan dijangka dapat mendedahkan pelajar dan masyarakat kepada misi Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030) serta sains dan teknologi angkasa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata program yang dijadual berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini di Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak itu menyasarkan penyertaan antara 800 dan 1,000 peserta di setiap negeri.
"Untuk semua lokasi (lima negeri) kita sasar 5,000 peserta dan harap dapat perluaskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara.
"Peserta berusia antara sembilan dan 18 tahun yang merupakan pelajar sekolah rendah, menengah, universiti serta orang awam," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kem Angkasa Kebangsaan 2024 di sini semalam.
Beliau berkata matlamat utama program itu untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta membina asas bakat tempatan yang kukuh bagi menyokong agenda Ekonomi MADANI.
"Dengan usaha bersama, kita yakin dapat melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam sektor angkasa," katanya.
Chang berkata kem itu juga bermatlamat untuk mengetengahkan potensi kerjaya dalam bidang angkasa serta membina kepakaran tempatan selaras dengan Strategi 1: Teras Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Berkongsi mengenai format kem itu, beliau berkata ia dibahagikan kepada tiga program iaitu memperkenalkan MSE 2030, aktiviti penerokaan planet Marikh dan mengetengahkan peluang kerjaya.
"Tenaga pengajar pula kita akan jemput angkasawan, rakan industri dan tenaga pengajar universiti untuk beri ceramah," katanya.
Kem Angkasa Kebangsaan 2024 yang bertemakan 'Teknologi dan Pengembaraan Angkasa' merupakan program kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi swasta Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education United Kingdom.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Chang menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Kem Angkasa Kebangsaan 2024 di MIGHT Partnership Hub di Cyberjaya semalam. --fotoBERNAMA
Gangguan bekalan air: 65,000 pengguna SADA di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang semalam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Institusi pondok - rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam
Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung 2025
Operasi Ascend Airways yang berpangkalan di United Kingdom akan dimulakan dengan dua pesawat Boeing B737-800s dan empat pesawat B737 MAX 8s.
150,000 pelawat dijangka berkunjung ke jambatan angkat tahun ini
Kerajaan Terengganu menyasarkan 150,000 pengunjung ke jambatan angkat tahun ini, didorong oleh pelbagai program yang dirancang serta pemerkasaan kerjasama dengan penggiat pelancongan.
Bencana banjir: mangsa di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi Isnin, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga, pada Ahad.

150,000 pelawat dijangka berkunjung ke Jambatan Angkat tahun ini
Sejak mula beroperasi pada 2019, Jambatan Angkat yang dibina dengan kos RM249 juta telah menerima 595,579 pelawat dari dalam dan luar negara.

Kerajaan AS guna alat pengesan pembohongan terhadap pegawainya
Ujian poligraf akan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri AS terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman.

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.
PM syukur LHDN kekal berintegriti kutip hasil negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bersyukur dan bertuah kerana LHDN berjaya mempertahankan integriti dalam menjalankan tanggungjawab mengutip hasil negara.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Kem Angkasa Kebangsaan 2024: Dedah pelajar kepada MSE 2030, sains dan teknologi
Program yang dijadual berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini menyasarkan penyertaan antara 800 dan 1,000 peserta.