JOHOR BAHRU:Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang dekat Tangkak akan dijadikan Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) kedua di negeri ini, selepas PKRC di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang mula beroperasi semalam.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ini sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif yang semakin meningkat kebelakangan ini.
"Jumlah katil dan kemudahan yang bakal disediakan di Kem PLKN Sri Ledang itu belum dapat dipastikan kerana masih lagi dalam perbincangan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)," katanya pada sidang media secara maya berhubung situasi COVID-19 di negeri ini semalam.
Hasni berkata PKRC di Stadium MBPG pula mempunyai kapasiti 1,200 katil dan dibangunkan dengan konsep PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Selangor.
Beliau berkata pengoperasian PKRC tersebut memudahkan kerajaan negeri dan agensi terlibat seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor menguruskan individu disahkankan positif COVID-19 dengan lebih tersusun.
"Jadi, di Pasir Gudang ini (PKRC Stadium Tertutup MBPG) bukan sahaja PKRC tetapi juga mempunyai kemudahan untuk CAC (Pusat Penilaian COVID-19), supaya saringan dapat dibuat dengan lebih meluas sebelum mereka (pesakit positif COVID-19) dihantar sama ada terus berada di rumah sebagai (pesakit) tahap satu dan dua, manakala tahap tiga, empat dan lima boleh dihantar ke pusat perubatan, hospital kerajaan atau swasta selepas saringan dibuat," katanya.
Hasni berkata pengoperasian PKRC Stadium Tertutup MBPG dan Kem PLKN Sri Ledang membolehkan Johor menampung jumlah pesakit positif COVID-19 di negeri itu.
"Kalau mengikut jangkaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Jabatan Kesihatan Negeri Johor sendiri, kita (Johor) masih boleh mengurus dan kita tidak ada masalah pada waktu ini untuk menerima mereka yang memerlukan rawatan setelah didapati positif COVID-19," katanya.
Sementara itu, Hasni mengesahkan beliau dan petugas di Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini sudah melakukan ujian saringan baru-baru ini selepas Setiausaha Politiknya Datuk Zulkurnain Kamisan disahkan positif COVID-19.
Dalam perkembangan lain, Hasni berkata nilai kerugian harta dan kemudahan awam, akibat banjir di Johor awal bulan ini dianggarkan mencecah RM63.1 juta.
Beliau berkata kerajaan negeri amat prihatin dengan trauma dihadapi mangsa terlibat dan sudah membuat analisis mengenai kerosakan serta keperluan mereka yang terjejas, antaranya, kerosakan itu adalah jalan raya, jambatan, sekolah, rumah serta pelbagai kemudahan awam.
Banjir yang melanda Johor sejak 1 Jan lepas pulih sepenuhnya 17 Jan lepas dengan antara daerah terjejas teruk adalah Kota Tinggi, Johor Bahru serta Kluang. Lebih 7,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat bencana itu selain meragut nyawa tiga individu di Kluang.
Sementara itu, beliau berkata Johor turut mencadangkan agar Ujian Rapid Antigen (RTK) bagi pemandu lori dan pengiring yang masuk ke Singapura dilakukan di negeri ini.
Katanya, kerajaan Johor sudah memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya mengambil langkah sewajarnya dan kesediaan itu bagi membantu mengelakkan kesesakan di kedua-dua pintu masuk negara itu yang mengambil masa terlalu lama.
Hasni bagaimanapun berkata kos bagi menjalankan RTK itu perlu ditanggung Singapura.
"Mengenai cadangan laluan untuk lori dibuka 24 jam di Tambak Johor, kerajaan negeri bersetuju itu adalah pendekatan yang wajar untuk kita pastikan supaya aktiviti ekonomi ini berjalan seperi biasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 31 2021
Hasni berkata pengoperasian PKRC tersebut memudahkan kerajaan negeri dan agensi terlibat seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor menguruskan individu disahkankan positif COVID-19 dengan lebih tersusun. - Gambar fail
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Kem PLKN Sri Ledang akan dijadikan PKRC kedua di Johor
Ia sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif yang semakin meningkat kebelakangan ini.