KUALA LUMPUR: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) membolehkan pengetahuan dan kemahiran teknologi tinggi serta inovatif dikongsikan kepada penduduk bandar.
Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Bukhari Yahya berkata, ini bagi memastikan keterangkuman akses kepada teknologi maklumat untuk semua rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran dunia tanpa sempadan.
“Di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kita ada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang ada program-program yang boleh dibawa ke PEDi, yang berteknologi tinggi.
“Walaupun pengguna berada di kampung, mereka bersedia untuk menerima kerja-kerja yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Kita akan dapat lihat pembangunan ekonomi setempat akan merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk mereka berhadapan dengan dunia tanpa sempadan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Tambahnya, PEDi mempunyai kelebihan tersendiri dalam usaha meningkatkan literasi digital bagi penduduk luar bandar memandangkan pusat tersebut mempunyai akses internet yang lebih baik.
Menurut Bukhari, selain daripada melaksanakan pemindahan kemahiran teknologi digital kepada penduduk luar bandar, PEDi juga merupakan usaha untuk melahirkan masyarakat berdaya saing dan berinovasi.
“Daripada itu, program-program yang kita garap di PEDi ini, yang akan menjadikan masyarakat setempat itu lebih berdaya saing dan berinovasi.
“Bersedia menghadapi segala keperluan pada masa akan datang. Dari segi literasi teknologi maklumat, kemahiran untuk laksanakan tugas secara dalam talian dan sebagainya,” katanya lagi.
Irfan Faruqi
Tue Nov 28 2023
PEDi memastikan keterangkuman akses kepada teknologi maklumat untuk semua rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran dunia tanpa sempadan. - Gambar Astro AWANI
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka
Peraduan Fotografi Akhbar Antarabangsa ke-11 untuk Jurugambar Muda, yang diadakan untuk memperingati jurufoto terkenal Andrei Stenin, mengalu-alukan penyertaan dan tawar hadiah wang tunai sehingga 700,000 Ruble
UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.
Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
PKR memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan akan dilaksanakan pada 24 Mei depan.
PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan (penyerahan memorandum) 1,000 pesawah ke Putrajaya pada Isnin.
Zahid ajak umat Islam doa kesejahteraan ummah
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata peristiwa Israk Mikraj membawa mesej mendalam tentang kekuatan iman, kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan hikmah solat sebagai tiang agama.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
Titah ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dizahirkan menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad.
Filipina lancar komik perangi kempen maklumat palsu
Kerajaan Filipina melancarkan sebuah buku komik bertajuk The Stories of Teacher Jun sebagai usaha untuk menangkis kempen maklumat salah oleh China yang didakwa bertujuan mempertahankan tuntutan wilayahnya yang meluas di Laut China Selatan.
Rakyat Greenland mahu bersama Amerika Syarikat - Trump
Menurut Trump, beliau berkata tidak begitu memahami tuntutan Denmark terhadap wilayah autonomi itu tetapi menyifatkan sebarang penolakan oleh Denmark sebagai "tindakan yang sangat tidak mesra".
Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan kemungkinan krisis Ukraine yang tercetus pada tahun 2022 tidak akan berlaku sekiranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjaya mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya 2020.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
Program Kampung Angkat Madani tingkatkan kualiti hidup masyarakat desa
Kementerian Komunikasi menerusi program Kampung Angkat Madani menaik taraf fasiliti di Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.