Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) semalam telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali lori treler yang terlibat dalam kemalangan jalan raya maut di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh pada 11 Ogos.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pengendali itu perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh tiga hari.
"Setelah menerima jawapan daripada pengendali tersebut, APAD akan mengumpul syor melalui Jawatankuasa Pelesenannya mengenai tindakan yang wajar diambil terhadap pengendali itu. Syor itu akan dikeluarkan pada 17 Ogos 2020," menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata tindakan ini disusuli sesi Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh cawangannya di Perak pada 12 Ogos.
Wee berkata Kementerian Pengangkutan memandang serius kemalangan lalu lintas dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar peraturan seperti peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (Akta 333).
Beliau berkata keselamatan pengguna jalan raya dan pengendali pengangkutan awam darat adalah keutamaan kementerian itu.
"Berdasarkan syarat-syarat lesen, semua pengendali pengangkutan awam darat dikehendaki mematuhi standard keselamatan paling tinggi yang membabitkan kenderaan mereka," katanya.
Wee berkata kementerian itu tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pelanggaran standard serta amalan keselamatan dan pengendali yang gagal berbuat demikian bakal berdepan tindakan perundangan sedia ada sepenuhnya.
"Kementerian tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen pengendali serta permit kenderaan dan mengambil tindakan pentadbiran dan mahkamah terhadap pengendali yang melanggar peraturan keselamatan seperti terdapat dalam lesen pengusaha," katanya.
Tujuh maut termasuk dua kanak-kanak manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang mereka naiki bertembung treler di kilometer kelima Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Simpang Pulai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 14 2020

Wee Ka Siong berkata pengendali itu perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh tiga hari. - BERNAMA
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.

Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.

Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.

Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.

Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.

Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.