SUNGAI BAKAP:Siasatan polis mendapati penyerang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang terlibat dalam kemalangan di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap awal pagi Ahad dipercayai terlelap semasa memandu.
Beliau yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai hilang kawalan semasa memandu dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.
BACA: Jenazah ibu mentua, anak Syafiq Ahmad selamat dikebumi
BACA: Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, anak maut
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kenderaan itu kemudian terbalik dan terseret hingga lebih kurang 90 kaki berdasarkan kesan calar di atas jalan raya.
Siasatan juga mendapati ketika kejadian, cuaca baik dan kemalangan berlaku di jalan lurus, rata, bertar, tiga lorong (satu lorong susur keluar ke Tol Jawi), satu hala, jalan kering dan kawasan gelap berlampu.
Lee berkata, bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa di Hospital Sungai Bakap mendapati punca kematian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan kepala.
Beliau berkata, polis turut mengambil sampel darah pemandu bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Dec 06 2020

Menurut polis, kenderaan itu kemudian terbalik dan terseret hingga lebih kurang 90 kaki berdasarkan kesan calar di atas jalan raya. - Foto ihsan JBPM
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Piala AMEC: Syamer Kutty, Dominic Tan, Syafiq Ahmad galas kapten Harimau Malaya
Mereka semestinya akan menjadi gabungan terbaik buat skuad negara dalam memberikan cabaran di kejohanan dwitahunan itu nanti.

'Order sana, order sini', jangan ada individu 'supreme' dalam bola sepak - Sanusi
Kenyataan yang dibuat sebelum ini adalah selepas wujud campur tangan 'orang' tertentu dalam memberi dan mengaturkan arahan.

Kedah tidak terkesan dengan kepulangan semula Syafiq Ahmad ke JDT
Muhammad Sanusi yakin Kedah mampu melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti pada masa hadapan.

Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah
Ia mampu beri kekuatan baharu dalam corak serangan skuad Hijau Kuning bagi menempuhi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.

Isteri pemain JDT kucup bayi buat kali terakhir di HSJ
Wanita itu turut diberi peluang menatap wajah ibunya Zainab Wahab, 45, yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan Syafiq Ahmad: Pemandu dipercayai terlelap, hilang kawalan - Polis
Kenderaan jenis Toyota Vellfire itu dipercayai hilang kawalan semasa memandu dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.

TMJ ucap takziah buat Syafiq Ahmad, seru orang ramai tidak sebar gambar kemalangan
Pemilik JDT itu turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video berkaitan demi menjaga sensitiviti Syafiq sekeluarga.

Sukan Asia: Malaysia mengalahkan Kyrgyzstan 3-1
Jaringan Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad memastikan Malaysia mengutip tiga mata berharga dalam aksi bola sepak kumpulan E.

Kim Swee lepaskan Syafiq terus berbulan madu
Syafiq Ahmad gagal melapor diri ke kem latihan kebangsaan sejak 27 November lalu.

Skuad muda negara cemerlang benam Brunei
Pemain gantian, Syafiq Ahmad, muncul wira apabila menyumbang dua gol bagi membantu skuad B-22 negara menewaskan Brunei dalam perlawanan persahabatan.