KUALA LUMPUR: Pemilihan kemasukan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ke universiti awam (UA) adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, pemilihan bagi calon kategori Diploma dan sijil setaraf pula adalah berdasarkan 100 peratus pencapaian akademik.
"Berdasarkan prinsip meritokrasi tersebut, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di Universiti Awam.
"Kejayaan calon untuk memperoleh tawaran bergantung kepada susunan merit, memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian, diperaku temu duga atau ujian bagi program yang menetapkan syarat yang demikian, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan program pengajian di UA yang telah dipohon," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Pada Khamis, KPT mengumumkan pelajar lepasan STPM dan sijil setaraf boleh menyemak keputusan permohonan ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2023/2024.
Sementara itu, KPT berkata, sebanyak 1,098 program pengajian sarjana muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.
"Terdapat 89,102 tempat disediakan kepada calon lepasan STPM dan sijil setaraf di 20 universiti awam yang melibatkan 72,772 tempat melalui UPUOnline.
"Manakala, 16,330 tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran universiti awam masing-masing.
Dalam pada itu, KPT memaklumkan jumlah permohonan UPUOnline yang diterima bagi Lepasan STPM dan sijil setaraf adalah sebanyak 118,143 calon dengan 70,156 calon telah berjaya memperolehi tawaran.
Katanya, sejumlah 24,846 calon lelaki dan 45,310 calon perempuan telah berjaya ditawarkan tempat.
"Kadar kejayaan lelaki adalah 73.94 peratus berbanding perempuan 73.49 peratus.
"Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 36,365 dengan pecahan tawaran iaitu 35,892 calon kategori B40, 192 Orang Kurang Upaya (OKU), 181 Atlet dan 100 Orang Asli," katanya.
Selain itu menurut KPT, Peratus calon Bumiputera yang berjaya adalah sebanyak 72.69 peratus daripada keseluruhan calon Bumiputera yang layak.
"Manakala calon bukan Bumiputera yang berjaya adalah 78.70 peratus daripada keseluruhan calon bukan Bumiputera yang layak.
"Sejumlah 5,442 (84.11 peratus) daripada 6,470 tempat melibatkan 119 program pengajian dalam bidang Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) telah dipenuhi oleh calon di empat Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
"Selain itu, sejumlah 36,463 (91.17 peratus) daripada 39,994 tempat melibatkan 673 program pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) telah dipenuhi oleh calon di 20 Universiti Awam," katanya.
Afiezy Azaman
Thu Sep 07 2023
![Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675970342_PelajarKuliah.jpg)
Semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang. - Gambar hiasan
![Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake? Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712310449_deepfake.jpg)
Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.
AWANI Ringkas: Hasil lawatan PM ke Bahrain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000 Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733205879_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.
AWANI Ringkas 20 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 Februari 2025
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas
![Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740017325_tbSelebritipopular.jpg)
Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman
"Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan, cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya."
The Economy with Ibrahim Sani: Consumer sentiment during politics and business uncertainties
Join Global CEO of Ipsos, Ben Page, as he delves into the intricacies of consumer sentiment amidst political and business uncertainties. Discover how global events shape consumer behavior and the implications for businesses worldwide.
![Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740016028_tbAzrulZafriAzmi.jpg)
Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.
![Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740014932_tbStadiumSultanIbr.jpg)
Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
![STPM: Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam diumum esok STPM: Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam diumum esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725513672_950x600.jpg)
STPM: Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam diumum esok
Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) lepasan STPM atau setaraf iaitu Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma akan diumumkan esok.
![Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua - Fadhlina Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701349810_TBFadhlinaSidek.jpg)
Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua - Fadhlina
STPM juga bukan sahaja diterima semua universiti awam di Malaysia, tetapi juga diiktiraf lebih 2,000 universiti seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, negara Komanwel dan Asia Barat.
![Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675970342_PelajarKuliah.jpg)
Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT
Semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang.
![Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681049457_TBMOBILEPUBLIC.jpg)
Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini
Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 7 September 2023 pukul 12 tengah hari hingga 16 September 2023, jam 5 petang.
![Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689288989_arniejaliusih.jpg)
Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran
Mengulang kaji pelajaran pada waktu Subuh, memudahkannya untuk fokus bagi mengingat fakta, untuk menjawab soalan peperiksaan.
![Tanya AI: Jaminan kerjaya atau bidang paling relevan? Ini kursus ijazah terbaik lepasan STPM Tanya AI: Jaminan kerjaya atau bidang paling relevan? Ini kursus ijazah terbaik lepasan STPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689231134_generic.jpg)
Tanya AI: Jaminan kerjaya atau bidang paling relevan? Ini kursus ijazah terbaik lepasan STPM
TAHUN 2023 menjadi tahun yang mencabar buat lepasan STPM dalam memilih bidang pengajian yang difikirkan terbaik dan relevan untuk membina kerjaya pada masa hadapan.
![STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00 STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689225638_TBMohdEkhwanTorima.jpg)
STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00
Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.
![Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610793453_peperiksaan.jpg)
Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.
![STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679125042_FadhlinaSidek.jpg)
STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina
Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
![Permohonan UPUOnline dibuka bermula esok Permohonan UPUOnline dibuka bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675670339_generickomputerl.jpg)
Permohonan UPUOnline dibuka bermula esok
Permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).