DUNGUN: Kerajaan sentiasa memantau setiap aktiviti kemasukan sisa buangan ke Malaysia bagi mengelakkan negara ini menjadi antara pusat longgokan dan pemprosesan sampah dunia.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sekiranya terdapat sisa buangan yang dibawa ke negara ini tidak mematuhi undang-undang, kerajaan tidak teragak-agak menghantar semula bahan itu ke negara asal.
"Kita telah hantar beratus-ratus kontena (sisa buangan) balik ke negara asal kerana melanggar undang-undang negara. Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat pembuangan sampah dunia.
"Kita tegas dengan pendirian tersebut dan pemantauan sentiasa dibuat melalui pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia di pelabuhan.
"Pemantauan ini termasuklah ke atas e-sisa (sisa elektrik dan elektronik) yang mana kita setakat ini tetap berpendirian untuk tidak membenarkan aktiviti import e-sisa dari luar negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dana Fasa Dua Pasaraya Wakaf Ummah di tapak pasar raya itu di sini hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar baru-baru ini dilaporkan berkata terdapat syarikat tempatan, termasuk yang ditubuhkan bersama pelabur asing, menggunakan kod kastam palsu untuk membawa masuk sisa berjadual ke negara ini.
Beliau berkata Malaysia kini antara negara yang dijadikan pusat memproses sisa buangan berjadual sebelum jongkong sampah dieksport ke negara lain terutama China.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sekiranya terdapat sisa buangan yang dibawa ke negara ini tidak mematuhi undang-undang, kerajaan tidak teragak-agak menghantar semula bahan itu ke negara asal. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.

GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.

Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.

Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.

PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.

Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.

Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.

PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.