KUALA NERUS: Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu melonggarkan syarat kemasukan ke peringkat pendidikan itu sekali gus mengurangkan isu keciciran pelajar.
"Sebelum ini permohonan tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) menerusi KPM, dengan kuasa yang ada pengetua sudah boleh ambil murid Tingkatan Enam.
"Kita bagi autonomi supaya pengetua boleh cari siapa yang tak ada ruang belajar atau tak boleh sambung belajar untuk dia ambil pelajar itu masuk terus. Tak perlu tunggu tawaran daripada KPM," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Himpunan Pewaris Generasi Madani di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, kerajaan kini juga memberikan perhatian terhadap penjenamaan semula Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti KPM bagi menaik taraf sistem pendidikan berkenaan.
Selain itu, katanya tumpuan juga diberikan kepada pelajar B40 lepasan STPM supaya merek dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Kita ada lagi insiatif-inisiatif untuk pelajar Tingkatan Enam yang sedang kita angkat bagi memastikan laluan mereka menyambung pengajian diperkukuhkan.
"Memandangkan pelajar lepasan STPM ini kebanyakan daripada keluarga B40, kita mahu pastikan pendidikan mereka ini terus diberikan perhatian dan dijamin untuk terus mendapat akses serta peluang belajar," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 23 2023
![Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690090530_TBTingkatanEnam.jpg)
Fadhlina berkata, kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu melonggarkan syarat kemasukan ke peringkat pendidikan itu. - Gambar/ Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![KPDN rancang terus bantuan tanpa tunai untuk pelajar Tingkatan Enam, kolej vokasional KPDN rancang terus bantuan tanpa tunai untuk pelajar Tingkatan Enam, kolej vokasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690457128_FuziahSalleh.jpg)
KPDN rancang terus bantuan tanpa tunai untuk pelajar Tingkatan Enam, kolej vokasional
KPDN merancang untuk meneruskan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada pelajar Tingkatan Enam dan kolej vokasional.
![Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690090530_TBTingkatanEnam.jpg)
Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah
Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
![Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin ini - KPM Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin ini - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663249644_950x600.jpg)
Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin ini - KPM
Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 bagi murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin).
![KPM sambut baik saranan PM, tambah baik Tingkatan Enam KPM sambut baik saranan PM, tambah baik Tingkatan Enam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687757543_FadhlinaSidek.jpg)
KPM sambut baik saranan PM, tambah baik Tingkatan Enam
Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Tingkatan Enam tidak terikat dengan peraturan sekolah boleh dibuat apabila berada pada mod pertama iaitu Kolej Tingkatan Enam.
!['Kaji semula sistem pembelajaran Tingkatan Enam, asingkan dengan aliran perdana' 'Kaji semula sistem pembelajaran Tingkatan Enam, asingkan dengan aliran perdana'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/51488278995_950x600.jpg)
'Kaji semula sistem pembelajaran Tingkatan Enam, asingkan dengan aliran perdana'
Ia termasuk dari segi peraturan ke atas pelajar, silibus pelajaran, sistem pembelajaran dan juga pengwujudan kolej khas untuk mereka.
![Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh rakan Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605498933_TBTUDUHBUNUHx.jpg)
Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh rakan
Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19 tahun, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
![Pelajar Tingkatan Enam direman bantu siasatan kes bunuh rakan Pelajar Tingkatan Enam direman bantu siasatan kes bunuh rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81604375790_pelajar.jpg)
Pelajar Tingkatan Enam direman bantu siasatan kes bunuh rakan
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini hingga Isnin.
![Pegawai prosa, purata 18 pelajar antara SOP pembukaan semula sekolah di Pulau Pinang Pegawai prosa, purata 18 pelajar antara SOP pembukaan semula sekolah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592967777_KlusterSekolah.jpg)
Pegawai prosa, purata 18 pelajar antara SOP pembukaan semula sekolah di Pulau Pinang
Antara SOP pembukaan semula sekolah ialah pemeriksaan suhu setiap hari bagi pelajar, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.