KUALA LUMPUR: Kadar kematian akibat strok berdarah atau haemorrhagic stroke dilaporkan semakin meningkat di negara ini dengan banyak kes pesakit meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.
Ketua Jabatan Pembedahan Otak dan Saraf Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman Hospital Kuala Lumpur Dr Azmi Alias berkata berdasarkan statistik Peri-Operative Mortality Review (POMR) Kebangsaan, strok berdarah merekodkan punca utama kematian tertinggi melepasi kematian akibat kecederaan otak sejak 2019 serta terus menunjukkan peningkatan jumlah kes.
Beliau berkata secara asas penyakit strok terbahagi kepada dua iaitu ischemic stroke (darah tidak sampai ke otak) dan haemorrhagic stroke (pendarahan spontan di dalam otak).
"Ischemic stroke lebih kerap berlaku, contoh apabila muka senget sebab darah tidak sampai, namun kadangkala pesakit boleh pulih seperti biasa jika bekalan darah ke otak kembali dalam waktu yang singkat.
"Sebaliknya, haemorrhagic stroke lebih berbahaya kerana ia boleh berlaku secara tiba-tiba menyebabkan kenaikan tekanan di dalam otak secara lebih drastik dan menyebabkan seseorang itu tidak sedar atau membawa kepada kematian," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran Kempen Kesedaran Masyarakat Mengenai Haemorrhagic Stroke Brain Race Fun Run 5KM di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datuk Harikrishna K. Ragavan Nair.
Mengulas lanjut, Dr Azmi berkata strok menyebabkan sel otak yang sensitif mati hanya dalam tempoh beberapa minit dan sel otak yang normal hanya boleh bertahan dalam lingkungan lima hingga 10 minit tanpa mendapat bekalan darah, nutrien dan oksigen yang mencukupi.
"Sebanyak 30 hingga 35 peratus kematian daripada 1,000 kes yang dilaporkan di hospital negara maju ialah berpunca akibat strok," katanya.
Dr Azmi berkata hipertensi atau tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan aneurysm (salur darah otak pecah) adalah antara punca utama berlakunya strok berdarah.
"Ada faktor yang kita boleh ubah dan kawal untuk mengurangkan risiko strok seperti tidak merokok, tidak mengambil alkohol, mengamalkan pemakanan sihat dan sebagainya.
"Strok boleh dikawal dan dicegah mengikut kadar tertentu tapi sekiranya terkena strok dapatkan rawatan segera, kenal pasti simpton awal dan doktor akan tentukan sama ada pesakit memerlukan intervensi awal," katanya sambil menambah 70 peratus pesakit yang menjalani rawatan berjaya melalui pemulihan dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Strok berdarah merekodkan punca utama kematian tertinggi melepasi kematian akibat kecederaan otak sejak 2019 serta terus menunjukkan peningkatan jumlah kes. - Gambar hiasan/Pixabay
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Kematian akibat strok berdarah semakin meningkat
Strok berdarah merekodkan punca utama kematian tertinggi melepasi kematian akibat kecederaan otak sejak 2019 serta terus menunjukkan peningkatan jumlah kes.