KUALA KANGSAR : Kematian seorang lelaki selepas ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Temong Hilir, dekat sini pada Sabtu lalu, bukan disebabkan kekerasan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ia disahkan pakar patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang membuat pemeriksaan ketika bedah siasat.
Menurutnya, berdasarkan laporan, kematian mangsa berusia 38 tahun itu yang dipercayai kurang siuman, adalah disebabkan Excited Delirium Syndrome (ExDS) yang cenderung berlaku kepada pesakit mental.
Katanya, laporan lengkap bedah siasat itu telah pun dikeluarkan Isnin lalu, termasuk laporan pakar patologi untuk memastikan sebab kematian.
"Daripada laporan itu, didapati tiada sebarang jenayah kekerasan berlaku semasa tahanan dibuat," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Daerah di Kampung Orang Asli Ulu Bekor di sini, hari ini.
Pada Ahad, Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dilaporkan akan menyiasat kes seorang lelaki meninggal dunia selepas ditahan di sebuah rumah.
Lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa polis ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Penahanan terhadap lelaki itu dibuat selepas dia dikatakan mengamuk dan menyerang bapanya serta dalam keadaan agresif bergelut bersama empat lelaki termasuk bapanya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Feb 04 2022

Kematian seorang lelaki selepas ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Temong Hilir, pada Sabtu lalu, bukan disebabkan kekerasan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.

Kematian tahanan warga Indonesia di depoh imigresen Sabah akibat kelewatan penghantaran balik
Kementerian Luar Indonesia memaklumkan seramai 18 tahanan warga Indonesia meninggal dunia di Pusat Tahanan Imigresen di Sabah pada 2021, dan tujuh lagi dari Januari hingga Jun 2022.

Sakit jantung kronik punca kematian tahanan - Polis
Hasil bedah siasat ke atas lelaki berusia 39 tahun itu mendapati punca kematian adalah 'coronary artery disease'.

Kematian tahanan bukan disebabkan kekerasan
Kematian seorang lelaki selepas ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Temong Hilir, pada Sabtu lalu, bukan disebabkan kekerasan.

KDN arah PDRM, pihak berkuasa siasat isu kematian dalam tahanan
KDN mengarahkan PDRM dan pihak berkuasa terlibat memulakan siasatan menyeluruh mengikut prosedur serta tatacara yang ditetapkan oleh perundangan negara berhubung kes kematian dalam tahanan.

Syed Saddiq dipanggil polis berhubung video mengenai kematian tahanan
Ahli Parlimen itu dijangka berada di IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan.

55 saksi untuk sesi pendengaran awam kes kematian Balamurugan - EAIC
Sesi pendengaran awam ditetapkan pada 15 hingga 19 Mei; 5 -9 Jun; 10-14 Julai; dan 24 -28 Julai di Bangunan Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya.