KAJANG: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah melibatkan kematian bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang ditemui di kediamannya di sini pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pemeriksaan di tempat kejadian dan tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.
"Tiada sebarang kesan pecah masuk atau pergelutan ditemui di tempat kejadian.
"Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).
"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Beliau berkata, siasatan awal mendapati Allahyarham tinggal di rumah seorang diri dan tidak pernah berkahwin.
"Waris terdekat yang membuat laporan merupakan anak saudara kepada arwah.
"Menurut keluarga, Allahyarham pernah membuat pembedahan jantung kira-kira 10 tahun lalu dan tidak pernah membuat sebarang rawatan susulan selepas itu," jelas beliau.
Mohamad Farouk berkata ujian saringan COVID-19 Allahyarham sebelum ini juga negatif.
"Menurut keluarga, kali terakhir Allahyarham membuat ujian saringan COVID-19 ialah pada Jumaat lalu dan keputusannya adalah negatif," katanya.
Kematian Zolkples, 62, disedari beberapa pegawai MSN yang gagal menghubunginya sejak Jumaat lalu apabila mendapati Allahyarham tidak hadir solat Jumaat di Vista MSN, Bukit Jalil.
Difahamkan, beberapa pegawai MSN telah pergi ke rumah Allahyarham pada pagi Ahad dan mendapati pintu rumahnya berkunci.
Dengan bantuan pihak polis dan bomba, pintu rumah berkenaan berjaya dibuka sebelum Allahyarham ditemui terbaring di ruang dapur dan disahkan telah meninggal dunia.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sri Petaling di sini untuk pengurusan jenazah untuk dikebumikan di Kampung Sura, Dungun, Terengganu.
BACA: Jenazah Zolkples akan dikebumi di Dungun, Terengganu
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 03 2021
![Kematian Zolkples tiada unsur jenayah - Polis Kematian Zolkples tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633239432_TopBoxBelasungkawa.jpg)
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah melibatkan kematian bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang ditemui di kediamannya di sini pada pagi Ahad.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jenazah Zolkples selamat dikebumikan Jenazah Zolkples selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633276180_zolkples.jpg)
Jenazah Zolkples selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya pada pukul 10.40 malam.
![Kematian Zolkples tiada unsur jenayah - Polis Kematian Zolkples tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633239432_TopBoxBelasungkawa.jpg)
Kematian Zolkples tiada unsur jenayah - Polis
Pemeriksaan di tempat kejadian dan tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.
![Jenazah Zolkples akan dikebumi di Dungun, Terengganu Jenazah Zolkples akan dikebumi di Dungun, Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633239432_TopBoxBelasungkawa.jpg)
Jenazah Zolkples akan dikebumi di Dungun, Terengganu
Dijangkakan sekitar 3.30 petang nanti, jenazah akan terus dibawa ke Dungun, Terengganu bagi urusan pengebumian.
![Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633239432_TopBoxBelasungkawa.jpg)
Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.
![Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630555902_ZolkplesEmbong.jpg)
Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples
Hampir mustahil IPC mengubah keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli 'dirompak'.
![Sasaran pingat Olimpik Tokyo 2020 langkah berani, realistik, mampu dicapai Sasaran pingat Olimpik Tokyo 2020 langkah berani, realistik, mampu dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/51488189881_DatukSeriZolkples.jpg)
Sasaran pingat Olimpik Tokyo 2020 langkah berani, realistik, mampu dicapai
Persediaan atlet negara yang terjejas sepanjang tempoh pandemik membataskan penyertaan mereka dalam kejohanan antarabangsa.
![BAM selar kenyataan Zolkples BAM selar kenyataan Zolkples](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576256668_BAM.jpg)
BAM selar kenyataan Zolkples
BAM menegaskan kenyataan Zolkples itu sama sekali tidak akan membantu situasi, sebaliknya menjatuhkan semangat para pemain.
![Presiden BAM nafi pemain muda 'bernasib baik' di Filipina Presiden BAM nafi pemain muda 'bernasib baik' di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71503483534_NORZAZAKARIA.jpg)
Presiden BAM nafi pemain muda 'bernasib baik' di Filipina
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menafikan pemain muda ke Sukan SEA Filipina yang berjaya meraih tiga pingat emas atas sebab mereka 'bernasib baik'.
![Kontinjen Sukan SEA tidak dibenar masak sendiri Kontinjen Sukan SEA tidak dibenar masak sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496654125_ZolkplesEmbong.jpg)
Kontinjen Sukan SEA tidak dibenar masak sendiri
Datuk Seri Zolkples Embong berkata ia adalah bagi memastikan keselamatan dan menggelak atlet dan pegawai dari negara lain mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
![Sukan SEA: Dataran Merdeka belum pasti jadi venue memanah Sukan SEA: Dataran Merdeka belum pasti jadi venue memanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81469721075_PemanahSelangor.jpg)
Sukan SEA: Dataran Merdeka belum pasti jadi venue memanah
Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) mampu untuk mengambil alih tugas sebagai venue acara memanah dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan.