KUALA LUMPUR: Usaha mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung merupakan langkah sebagai menghormati Perjanjian Malaysia 1963.
Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata terdapat pelbagai peruntukan yang memberi keistimewaan kepada Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, ia mungkin menjadi antara sebab atau alasan kukuh bagi menyatakan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah atau negeri, tidak sama seperti negeri lain.
"Contohnya, Senarai Negeri untuk Sabah dan Sarawak, ada senarai-senarai tambahan yang diberikan.
"Begitu juga Senarai Bersama yang lebih kepada keistimewaan negeri Sabah dan Sarawak serta dalam Perkara 9 dalam kebebasan bergerak seperti keistimewaan diberikan dalam Akta Imigresen.
"Perkara yang memberi justifikasi kepada Sabah dan Sarawak dianggap sebagai satu wilayah itu, antara lain ialah kelebihan-kelebihan atau perbezaan yang ada, yang diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada negeri Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Berkait penggunaan istilah negeri atau wilayah, Shamrahayu menjelaskan bahawa istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah 'The Borneo States'.
Bagaimanapun, hak-hak negeri Sabah dan Sarawak adalah berbeza dalam sesetengah keadaan atau perkara dari negeri-negeri di Semenanjung.
"Di sini mungkin istilah itu, sama ada sebuah wilayah atau negeri? Kalau kita rujuk penggunaan istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan semasa 1963 itu, istilah 'The Borneo States' digunakan.
"Ini yang menjadi perbahasan, tetapi pada saya yang penting ialah kandungan Perjanjian Malaysia 1963 itu dihormati dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam undang-undang lain yang berkaitan seperti Akta Imigresen," katanya.
Pada Selasa, Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) telah bersetuju dengan cadangan pindaan membabitkan Perkara 1(2) serta Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang akan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKMA63 hampir tiga jam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
Astro Awani
Wed Oct 20 2021

Usaha mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung merupakan langkah sebagai menghormati Perjanjian Malaysia 1963. - Foto Astro AWANI

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
![[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak [KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.

Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.

Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.

Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.

Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.

Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.