Pesakit yang mempunyai simpanan bekalan ubat dari klinik mahupun hospital kerajaan tetapi tidak digunakan disaran agar memulangkan ubat tersebut. bagi mengelakkan pembaziran di samping dapat menjimatkan kos ubatan yang mahal.
Saranan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak pembaziran.
Beliau berkata ia juga bagi mengelak daripada disalah guna dan mendatangkan risiko jika kanak-kanak terutamanya termakan ubatan tersebut.
"Oleh kerana kosnya mahal, ia adalah menjadi satu pembaziran jika ia dibuang begitu sahaja kerana ubat-ubat yang masih belum tamat tempoh boleh digunakan semula," katanya kepada pemberita.
Beliau merasmikan program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 di sini, hari ini.
Dr Hilmi berkata bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi yang masih mempunyai baki bekalan ubat yang tidak digunakan, mereka hendaklah membawa ubat tersebut kepada pegawai perubatan ataupun ahli farmasi supaya mereka boleh menyemak semula preskripsi ubat mereka serta menambah bekalan ubat baharu.
"Pesakit kencing manis dan darah tinggi hendaklah makan ubat mengikut saranan doktor kerana jika mereka makan seperti yang telah ditetapkan, maka pembaziran ubat dapat dielakkan.
"Ubat juga mempunyai cara pelupusannya yang tersendiri (melibatkan bahan kimia) selain boleh menyebabkan kewujudan kuman jika tidak dilupuskan dengan betul," katanya.
Mengenai program JPB itu, Pengerusi Jawatankuasa Induknya, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata ia mampu membuka peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam pendidikan dan juga tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan kolej vokasional.
"Setakat semalam, sasaran pelajar tercicir yang memohon untuk melanjutkan pelajaran telah mencecah seramai 50,000 orang dan diharap ia dapat mencapai sehingga 60,000 orang pelajar tahun ini," katanya yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sahol berkata JPB turut dapat membantu pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak mendapat tempat dalam institusi pendidikan susulan tempat yang terhad.
"Pelajar yang cemerlang tetapi tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti digalakkan memohon kerana peluang mereka masih ada menerusi JPB," katanya. --BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017

Ubat mempunyai cara pelupusannya yang tersendiri selain boleh menyebabkan kewujudan kuman jika tidak dilupuskan dengan betul. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bekas ahli UMNO yang tiada kes mahkamah boleh sertai Bersatu - Tun Mahathir
Pengerusi Bersatu itu berkata partinya hanya mempelawa ahli yang tidak terlibat dalam sebarang masalah seperti menghadapi kes di mahkamah.

Rabies: Klinik bakal dikenakan tindakan undang-undang
Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan undang-undang kepada sebuah klinik swasta di Kuching, Sarawak kerana gagal merujuk kes seorang lelaki digigit anjing ke fasiliti kesihatan kerajaan.

Buat semakan latar belakang calon penyelia di sekolah, IPT - Dr Hilmi
Tegasnya, pemeriksaan kesihatan terutama dari segi mental juga penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kembalikan ubat yang tidak diguna elak pembaziran - Dr Hilmi
Saranan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak pembaziran.

Mekanisme khas perlu bagi pastikan warga asing bayar bil perubatan
Ia disuarakan Senator Siti Aishah Shaik Ismail ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Negara hari ini.

Kes kegagalan fungsi buah pinggang semakin meningkat - Hilmi Yahaya
Kes kegagalan buah pinggang disebabkan diabetes di Malaysia semakin meningkat.

Budayakan gaya hidup aktif, jaga soal kalori dan pemakanan
Mengulas amalan kesihatan di Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menggesa rakyat agar lebih proaktif dalam memantau tahap kesihatan masing-masing.

Keputusan guna vaksin denggi belum diputuskan - Hilmi
Syarikat pengeluar vaksin telahpun membuat permohonan untuk didaftarkan, namun perkara itu masih di peringkat kajian.

KKM nafi dakwaan dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina
Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan Ikhlas kononnya dua kilang pembuatan perisa vape dipercayai milik individu berkepentingan dalam kerajaan, akan dibina tidak lama lagi.

Kerintangan antibiotik semakin membimbangkan akibat penyalahgunaan
Kerintangan antibiotik di negara ini terjjadi akibat kekerapan penggunaan dan penyalahgunaan jenis ubat itu secara meluas dalam sektor kesihatan.