PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dinobatkan sebagai lebuh raya sistem tertutup berprestasi terbaik dari segi keselamatan dan keselesaan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan semalam berkata kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS dan lebih bermakna apabila Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di bawah PLUS juga berada di tempat kedua di bawah kategori yang sama.
"Kedudukan tempat pertama tambah lebih bermakna kerana kami telah berusaha dengan tekun setiap masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan lebuh raya kami selamat untuk semua pelanggan setiap masa," katanya.
Majlis penyampaian Sijil Penarafan MyExpressway MIROS telah diadakan di Bangi pada Selasa sempena upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MIROS bersama 13 rakan strategik keselamatan jalan raya bagi meningkatkan standard keselamatan jalan raya di Malaysia, Indonesia dan India.
Lebuh raya sistem tertutup merupakan sistem yang memerlukan pengguna menyentuh atau mengambil tiket transit / kad apabila memasuki lebuh raya dan 'sentuh keluar' atau memulangkan tiket transit / kad semasa keluar dengan kadar tol berdasarkan kelas kenderaan serta jarak yang dilalui.
Lebuh raya lain yang mendapat pengiktirafan MIROS termasuk Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Pantai-Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang masing-masing berada pada kedudukan ketiga, keempat dan kelima bagi kategori lebuh raya berprestasi terbaik.
Sementara itu, Ketua Pengarah MIROS Ir Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata PLUS berhak mendapat kemenangan tersebut kerana telah melabur secara sinergi dalam tenaga kerja dan peralatan lebuh raya untuk memberikan keselesaan dan keselamatan optimum kepada pelanggan lebuh raya.
"Lebuh raya berprestasi terbaik adalah berdasarkan indeks kematian yang rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum daripada aspek keselamatan jalan raya. Lebuh raya pada kedudukan teratas diiktiraf kerana berpotensi mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 11 2020

Lebuh raya sistem tertutup merupakan sistem yang memerlukan pengguna menyentuh atau mengambil tiket transit / kad apabila memasuki lebuh raya. - Gambar hiasan

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

KPDN Kelantan laksana pelan kontigensi banjir
Ia antara pelan kontigensi banjir KPDN bagi memastikan bekalan makanan asas mencukupi, mudah diperoleh, dijual pada harga yang ditetapkan.

Penduduk pulau di Tumpat dapat manfaat penyeragaman harga - KPDN
Azman Ismail berkata program itu bertujuan mengurangkan kos sara hidup penduduk di kawasan berkenaan.

Kes seludup diesel di Kelantan turun 95 peratus - KPDN
Penyeludupan diesel di negeri Kelantan menurun sebanyak 95 peratus sejak kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel.

Subsidi bersasar diesel : KPDN, PDCK pertingkat langkah elak ketirisan di sempadan
KPDN Kelantan dan Persatuan Pakatan Dealer-dealer Caltex Kelantan akan bekerjasama membanteras ketirisan subsidi di sempadan Malaysia-Thailand.

KPDN Kelantan pantau jualan kurma Israel
Bagaimanapun, pihak KPDN Kelantan belum menerima sebarang laporan atau aduan berhubung isu itu setakat ini.

Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.

PRK Simpang Jeram: BN-PH lancar gerakan besar-besaran dekati rakyat
UMNO Bahagian Bakri bertekad membantu calon Amanah yang akan bertanding, sekali gus memastikan mereka menang PRK tersebut.

Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui kotak berisi minyak masak peket 1,814 kg.

KPDN laksana Op Terjah pantau harga di bazar Ramadan
KPDN Kelantan akan melakukan Op Terjah di bazar Ramadan bagi memantau peniaga yang menaikkan harga jualan secara tidak munasabah.

KPDN Kelantan rekod rampasan hampir RM5.7 juta kes barang kawalan
Jumlah kes tersebut melibatkan rampasan minyak masak paket bersubsidi, gula, tepung gandum, kenderaan, petrol dan diesel dengan nilai denda keseluruhan RM203,300.