Kementerian Alam Sekitar akan meneruskan dasar dan inisiatif baik berkaitan alam sekitar yang diperkenalkan kerajaan terdahulu serta menyemak semula dasar yang memerlukan penambahbaikan, kata Menterinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam sidang media pertama sebagai Menteri Alam Sekitar, beliau berkata antara yang akan diteruskan ialah Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030, yang dijangka dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2022.
"Ketika ini, kita masih dalam fasa peralihan serta pendidikan pengguna dan kita perlukan masa kerana proses ini memerlukan kos, tetapi kita letak tempoh sehingga 2022 untuk kita kuatkuasakan," kata Tuan Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertamanya di sini hari ini.
Beliau juga berkata Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) 2002 dan Dasar Perubahan Iklim 2009 akan disemak semula dan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat memandangkan kedua-duanya sudah lama tidak disemak.
Tuan Ibrahim berkata DASN 2002 perlu disemak semula kerana terdapat perkembangan baharu dalam isu berkaitan alam sekitar dan perubahan iklim.
"Usaha ini adalah bagi melengkapi dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan dan akta lain dengan mengambil kira perjanjian antarabangsa berkaitan pengurusan alam sekitar," katanya.
Bagi Dasar Perubahan Iklim 2008, beliau berkata kementerian akan mencadangkan strategi dan pelan dalam melaksanakan tindakan mitigasi serta adaptasi perubahan iklim di peringkat kebangsaan selaras dengan komitmen negara terhadap Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dan Perjanjian Paris yang diratifikasi pada 2016.
Tuan Ibrahim turut meletakkan usaha memelihara dan memulihara sumber air, terutama sungai, sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) beliau bagi tahun ini.
"Al-Quran menyebut sumber kehidupan ialah air, jadi fokus kita adalah untuk memastikan bahawa sumber kehidupan ini dapat dipelihara," katanya sambil menambah bahawa mesyuarat hari ini dimaklumkan mengenai pengaktifan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan bagi menghadapi cuaca kering yang dijangka berlarutan sehingga pertengahan bulan April ini.
Mengulas jabatan dan agensi yang akan bernaung di bawah kementerian itu, beliau berkata perkara tersebut telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan ia bakal diumumkan dalam masa terdekat, namun gambaran yang diberikan menunjukkan mungkin jumlahnya antara 14 hingga 15.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020

Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Kementerian Alam Sekitar akan meneruskan dasar dan inisiatif baik berkaitan alam sekitar yang diperkenalkan kerajaan terdahulu serta menyemak semula dasar yang memerlukan penambahbaikan. - Facebook

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kementerian akan teruskan dasar, inisiatif baik berkaitan alam sekitar - Tuan Ibrahim
Kementerian Alam Sekitar akan meneruskan dasar dan inisiatif baik berkaitan alam sekitar yang diperkenalkan kerajaan terdahulu serta menyemak semula dasar yang memerlukan penambahbaikan, kata Menterin