Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu kerana menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayem Perumal pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini berkata saringan tersebut dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara.
"Terdapat 224 pakar psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara," katanya.
Beliau juga menjelaskan satu peratus daripada 28.3 juta rakyat Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan.
Kepada soalan asal Bagiam yang bertanyakan langkah Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran mengenai masalah stres kepada rakyat, beliau berkata ia termasuk mewujudkan satu portal mengenai perkara itu dan mempertingkat program dan latihan kemahiran menangani stres dalam kalangan komuniti.
Astro Awani
Tue Jul 23 2013
![Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374555760_295x200.jpg)
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
![Makanan tambahan: Dapatkan pandangan pakar sebelum berikan kepada bayi Makanan tambahan: Dapatkan pandangan pakar sebelum berikan kepada bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496914208_Babyhands.jpg)
Makanan tambahan: Dapatkan pandangan pakar sebelum berikan kepada bayi
Orang ramai perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tambahan kepada bayi bagi mengelakkan risiko kepada anak mereka.
![Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71451289982_Penang.jpg)
Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.
![Pulau Pinang tingkatkan saringan sebagai langkah kawalan Zika Pulau Pinang tingkatkan saringan sebagai langkah kawalan Zika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61472914082_Penyemburan.jpg)
Pulau Pinang tingkatkan saringan sebagai langkah kawalan Zika
Kerajaan Pulau Pinang kini menjalankan saringan ketat di semua pintu masuk termasuk antarabangsa termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Pelabuhan Pulau Pinang.
![Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374555760_295x200.jpg)
Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi
Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu.