KUALA LUMPUR:Kementerian Kewangan berharap momentum pemulihan ekonomi akan dapat dikekalkan dalam Belanjawan 2021 yang bakal diumumkan pada 6 November depan.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ekonomi negara sedang mencatatkan penambahbaikan dari pelbagai perspektif dan indikator, antara lainnya termasuk penurunan angka pengangguran, peningkatan indeks perdagangan runcit dan borong, pertambahan pelaburan asing langsung dan peningkatan produktiviti dalam industri pembuatan dan pembinaan.
"Antara faktor yang menyumbang kepada pemulihan ekonomi adalah pelaksanaan bantuan dan langkah di bawah PRIHATIN dan PENJANA, tetapi tidak dilupakan, usaha rakyat Malaysia dan peniaga-peniaga yang mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.
"Saya berterima kasih kepada rakyat dan peniaga yang memainkan peranan yang penting ini dan moga usaha diteruskan," katanya dalam Laporan LAKSANA Ke-24 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dikeluarkan pada Rabu.
Tengku Zafrul berkata ketika perjumpaannya bersama pihak berkepentingan pelbagai industri, isu yang sering dibangkitkan adalah sokongan berterusan kerajaan terhadap perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam memastikan ketersediaan untuk beroperasi dalam norma baharu serta menjana permintaan daripada pengguna dan pelabur.
Menurutnya, kerajaan juga telah menerima pelbagai cadangan, dan sedang mempertimbangkan kesemuanya, bagi merangka Belanjawan 2021 yang berpaksikan rakyat, perniagaan dan ekonomi.
"Ini adalah demi memastikan kesinambungan pendekatan yang selaras dengan Pakej PRIHATIN dan PENJANA. Sesungguhnya, kerajaan amat serius dalam mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pada 2020 dan melonjakkannya pada 2021," katanya.
Tengku Zafrul berkata, negara sedang berdepan dengan peningkatan kes harian baharu COVID-19 yang mencecah sehingga tiga digit dengan majoritinya tertumpu di beberapa kawasan di sekitar Sabah dan Kedah.
Justeru itu, pendekatan yang diambil kerajaan adalah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar, katanya.
"Pendekatan ini, antara lain, memastikan keseimbangan antara usaha membendung penularan wabak COVID-19 dan penerusan aktiviti ekonomi.
"Seperti yang disarankan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekonomi kita perlu terus digerakkan dalam usaha pemulihan serta bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 07 2020
TENGKU ZAFRUL: Saya berterima kasih kepada rakyat dan peniaga yang memainkan peranan yang penting ini dan moga usaha diteruskan. - Gambar fail
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump angkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
Abang Johari cadang pertubuhan Melayu wujudkan dana amanah
Premier Sarawak cadang pertubuhan Melayu di Sarawak mewujudkan dana amanah bagi memelihara dan menguruskan hartanah milik orang Melayu di negeri itu.
Syarikat logistik Malaysia digesa teroka peringkat serantau - Liew
Syarikat Malaysia, terutamanya yang berkecimpung dalam sektor logistik, perlu meneroka ke peringkat serantau dengan pendekatan keseluruhan kerajaan untuk menjadi jaguh antarabangsa.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
PKPD di Felda Jengka 25 ditamatkan pada Isnin
Rodzi juga memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilaksana atau dilanjutkan PKPD pada 10 Januari.
PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam ditamatkan - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut ditamatkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
COVID-19: PKPD di Kampung Orang Asli Satak dilanjutkan - MKN
Dua lokaliti di Pahang iaitu Pos Betau, Mukim Ulu Julai, Lipis dan Taman Amalina Lestari, Raub ditamatkan PKPD pada 16 November ini.
PKPD di satu lokaliti di Raub, Pahang bermula 3 Nov
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad PKPD di lokaliti tersebut bermula 3 hingga 16 November ini.
PKPD di Felda Lembah Klau ditamatkan esok
PKPD di Felda Lembah Klau telah dilaksanakan bermula 12 Oktober lalu akibat peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit.
Tiada lokaliti dilaksana atau dilanjut PKPD pada 17 Okt - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan perkara berkenaan dalam kenyataan media harian mengenai PKPD.
PKPD di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah ditamatkan pada 17 Okt - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di lokaliti terbabit dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD
Tidak seperti kebiasaannya, tiada lokaliti baharu mahu pun lokaliti yang dilanjutkan PKPD.
Satu lokaliti baharu dikenakan PKPD
Lokaliti di Pahang yang dilaksanakan PKPD ialah Ladang Bera Selatan 5 & 7, Bera.
PKPD di satu lokaliti di Pahang - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Oktober nanti.