KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) telah memperincikan skop pengecualian cukai perkhidmatan bagi sektor logistik untuk membantu mengurangkan kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat serta insiden cukai berganda.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pengecualian cukai bagi sektor logistik dan penyenggaraan itu akan juga membantu memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.
"Bagi terus memelihara daya saing negara, kerajaan juga tidak akan mengenakan cukai perkhidmatan di kawasan zon bebas cukai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk mengurangkan lagi impak kepada operasi harian aktiviti logistik, dan secara tidak langsung kepada pengguna, kerajaan bersetuju pemindaan dibuat kepada Kumpulan J: Perkhidmatan Logistik dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.
"Butiran 1(a) berkenaan perkhidmatan logistik dan Butiran 1(b) berkenaan perkhidmatan penghantaran atau pengedaran atau pengangkutan barang digabungkan sebagai satu butiran.
"Melalui penggabungan ini, skop kemudahan pengecualian antara perniagaan (B2B) telah diluaskan iaitu penyedia perkhidmatan logistik yang berada dalam Butiran 1(a) kini layak mendapat pengecualian yang lebih luas dengan tidak lagi perlu membayar cukai perkhidmatan ke atas perolehan perkhidmatan penghantaran atau pengedaran atau pengangkutan barang yang sebelum ini berada di bawah Butiran 1(b)," katanya.
Sebelum ini, penyedia perkhidmatan logistik yang berada dalam Butiran 1(a) hanya layak mendapat pengecualian cukai ke atas perolehan perkhidmatan yang berada dalam Butiran 1(a) yang sama.
Kementerian Kewangan berkata semua perkhidmatan di bawah Kumpulan J: Perkhidmatan logistik yang dibekalkan di dalam dan antara kawasan khas/kawasan ditetapkan atau di antara kawasan khas dengan kawasan ditetapkan atau sebaliknya tidak tertakluk kepada pengenaan cukai perkhidmatan kecuali perkhidmatan Ejen Kastam yang kekal dikenakan cukai tersebut
"Zon Perdagangan dan Perindustrian Bebas seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Barat di Selangor serta Pelabuhan Pasir Gudang di Johor akan memperoleh manfaat daripada pengecualian ini. katanya.
Kerajaan juga menyediakan pengecualian ke atas caj perkhidmatan penghantaran laut bagi semua barang yang dihantar menggunakan mod pengangkutan laut, terhad kepada penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak/Labuan; Sabah/Sarawak/Labuan ke Semenanjung Malaysia; dan antara Sabah, Sarawak dan Labuan.
Penambahbaikan ini susulan daripada peluasan skop pengecualian cukai perkhidmatan bagi sektor logistik yang diumumkan pada 11 Mac, 2024.
Selain itu, Kementerian Kewangan berkata pengecualian daripada membayar cukai perkhidmatan juga diberikan kepada perkhidmatan penyenggaraan yang berkaitan dengan perkhidmatan pembaikan bangunan rumah kediaman, kumpulan wang pelepas (sinking fund) dan perkhidmatan penyenggaraan berkaitan tanah atau bangunan bagi kegunaan kediaman yang disediakan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau persatuan kediaman.
"Ini bermaksud apa-apa perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan di premis kediaman seperti pembaikan bumbung rumah atau apa-apa peralatan dan kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada premis kediaman seperti lif, penyaman udara serta sistem pemanas air tidak dikenakan cukai perkhidmatan," katanya.
Kementerian itu menegaskan kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus ke 8 peratus yang berkuat kuasa mulai 1 Mac, 2024, lebih menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan yang tidak melibatkan rakyat secara langsung.
Kenaikan tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi serta parkir kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024

Amir Hamzah berkata pengecualian cukai bagi sektor logistik dan penyenggaraan itu akan juga membantu memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing. - Foto fail/BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Syarikat keselamatan, empat pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan
Sebuah syarikat keselamatan dan empat pengarah didakwa atas tujuh pertuduhan gagal melunaskan bayaran cukai perkhidmatan berjumlah RM186,909.08.

Cukai produk premium: Lebih RM1 bilion bakal dikutip kerajaan - Pakar
Pemantaun yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan cukai dikenakan secara adil dan menyeluruh ke atas pelbagai jenis produk import

Kementerian Kewangan perincikan skop pengecualian cukai perkhidmatan dalam sektor logistik
Pengecualian cukai bagi sektor logistik dan penyenggaraan itu akan juga membantu memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.

Kerajaan anggar jana hasil tambahan RM3.45 bilion daripada cukai perkhidmatan
Kerajaan dijangka peroleh tambahan hasil RM3.45 bilion daripada peluasan skop cukai perkhidmatan dan perubahan kadar daripada enam kepada lapan peratus.

Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.

SST: 1,016 premis diperiksa, 24 notis dikeluarkan dalam Ops Kesan - Armizan
KPDN memeriksa 1,016 premis perniagaan dan mengeluarkan 24 notis dalam Ops Kesan yang bermula 1 Mac lepas, susulan kenaikan kenaikan kadar cukai perkhidmatan (SST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

Ops Kesan bermula 1 Mac, pantau kenaikan cukai perkhidmatan
Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula 1 Mac.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.

Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.

Kenaikan cukai perkhidmatan tidak libat keperluan asas, gaya hidup rakyat
Kadar cukai untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kenderaan dan perkhidmatan logistik masih kekal pada kadar enam peratus.