KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi akan melancarkan program jerayawara keselamatan dalam talian, dalam masa terdekat bagi mempertingkatkan kesedaran masyarakat di peringkat sekolah dan komuniti tentang kesan buruk Internet.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata program itu juga bertujuan menerangkan tentang bahaya penggunaan Internet yang boleh menyebabkan perbuatan buli siber, scammer atau penipuan, keselamatan siber selain cara melindungi data peribadi dan manfaat dalam talian.
"Saya lihat kita perlu bermula di bangku sekolah supaya anak-anak tahu dan faham tentang bahaya serta keupayaan media sosial. Bagi kanak-kanak bawah umur 13 tahun kita telah melarang mereka membuka akaun media sosial, tetapi malangnya ramai anak-anak tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas program sumbangan topi keledar percuma kepada 150 murid Sekolah Kebangsaan Bangsar di sini semalam.
Beliau berkata program jerayawara itu juga untuk memastikan kandungan yang berada dalam Internet itu selamat dilayari terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
Selain itu, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan penyedia platform media sosial TikTok pada minggu hadapan bagi membincangkan perincian pengurusan isu buli siber.
Fahmi berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bersama Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong, wakil Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara bagi meneliti beberapa akta yang perlu dipinda dan diperketat.
"Tujuan mesyuarat itu juga untuk mengambil tindakan segera bagi menangani masalah buli siber. Dalam masa sama, ada beberapa pandangan yang meminta (untuk menjelaskan) takrif buli siber itu," katanya.
Mengenai isu tular yang melibatkan kematian seorang pempengaruh TikTok didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber, Fahmi berkata pihaknya menyerahkan siasatan itu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya tidak ada maklumat terperinci tentang siasatan dan kita serahkan (kepada PDRM)," katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang pempengaruh TikTok didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber di Gombak Setia di sini.
Mayat pempengaruh wanita berumur 29 itu ditemukan di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Fahmi menyampaikan sebanyak 150 topi keledar secara percuma kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Bangsar di Kuala Lumpur, 10 Julai 2024. --fotoBERNAMA
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Hasil siasatan kematian pakar perubatan didakwa mangsa buli akan didedahkan - Dr Dzulkefly
KKM bakal mendedahkan hasil siasatan jawatankuasa bebas yang menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi Hospital di Lahad Datu, yang didakwa dibuli di tempat kerja.

Kes buli siber Esha: Wanita didenda RM100, pemandu lori mohon bicara
Dua individu didakwa di dua mahkamah berasingan hari ini berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha.

Kementerian Komunikasi akan lancar jerayawara keselamatan dalam talian
Program itu antara lain bertujuan menerangkan tentang bahaya penggunaan Internet yang boleh menyebabkan perbuatan buli siber atau penipuan.

Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.

Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.

Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.

Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.

Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam tadi berhubung kes tersebut.

Mahkamah Tinggi bebaskan lima rakan daripada tuduhan bunuh Nhaveen
Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh dan mencederakan mangsa buli T. Nhaveen, enam tahun lepas.

Mangsa buli berpotensi alami PTSD - Pakar
Gangguan itu berlaku apabila mangsa mengalami masalah mental berikutan diperlakukan dengan buruk oleh pembuli.