Kementerian Pengangkutan akan membuka tender projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2), kata Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata langkah berkenaan diambil setelah mempertimbangkan hasil penelitian dan penyelidikan menyeluruh yang mendapati kos projek berkenaan di bawah Dhaya Maju-LTAT Sdn Bhd (DM-LTAT) terlalu tinggi semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Sehubungan itu, beliau berkata proses bidaan untuk projek berkenaan akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini.
"Bagi mengoptimumkan penggunaan dana awam untuk projek infrastruktur berskala besar, Kerajaan (Perikatan Nasional-PN) telah menyemak dengan teliti projek tersebut demi manfaat negara.
"Lantaran itu, saya ingin mengumumkan bahawa tender untuk projek Landasan Berkembar Lembah Klang atau KVDT 2 akan dibuka, sebagaimana dipersetujui Kabinet," katanya dalam kenyataan itu.
Wee berkata pada 5 Julai 2019, kerajaan PH telah memutuskan untuk meneruskan projek tersebut dengan kontraktor DM-LTAT pada kos 15 peratus lebih rendah daripada RM5.265 bilion kepada RM4.475 bilion iaitu RM789.750 juta termasuk pengurangan skop kerja.
Bagaimanapun, pada Oktober 2018, perunding yang ditugaskan oleh kementerian, Opus Consultants (anak syarikat Khazanah Nasional Bhd) telah mengemukakan Laporan Kajian Profesional (PPR) yang mendapati kos projek tersebut dianggarkan hanya RM3.398 bilion berdasarkan skop kerja DM-LTAT yang asal.
"Maklumat ini tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet pada masa itu," katanya.
Wee berkata susulan itu, Kabinet PN telah bersetuju bahawa pelaksanaan projek dengan bersandarkan kepada rundingan terus adalah tidak boleh diteruskan.
"Sehubungan itu, proses bidaan untuk projek ini akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya.
Wee berkata Perunding Pemeriksaan Berkecuali (ICC) akan dilantik sebelum kontraktor baharu dapat melaksanakan skop kerja yang diperlukan, untuk memendekkan tempoh pembinaan projek dari tujuh tahun kepada lima tahun.
"Ini adalah penting dan diperlukan kerana projek ini akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kira-kira 80,000 pengguna Komuter setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 29 2020
Kementerian Pengangkutan akan membuka tender projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2). -Gambar fail
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Kementerian Pengangkutan buka tender KVDT2 - Wee
Proses bidaan untuk projek berkenaan akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini.