KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
Menteri berkenaan Anthony Loke berkata banyak perhentian bas di bandar raya ini kekurangan infrastruktur, malah ada yang mempunyai satu tiang sahaja.
"Justeru, kami bercadang untuk menaik taraf perhentian bas ini kepada kemudahan yang lebih baik dan telah memohon lokasi untuk tujuan ini serta berhasrat menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) di Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLC3) di sini hari ini.
Loke berkata Kementerian Pengangkutan menggalakkan pihak berkuasa tempatan untuk bekerjasama dengan sektor swasta, dengan menawarkan insentif hak pengiklanan di perhentian bas kepada syarikat yang ingin menaja kemudahan itu.
"Sebaik sahaja kita memiliki perhentian dan stesen bas yang sempurna, penggunaan bas sudah pasti akan meningkat.
LOKE-KEMUDAHAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Selain itu, kita juga meningkatkan bilangan bas dan merancang untuk mengguna pakai kenderaan elektrik (EV) pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Sementara itu, Loke berkata kerajaan Malaysia tetap teguh dan komited untuk meneruskan tindakan undang-undang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17.
"Ya, memang dari segi tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa akan diteruskan dan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara terlibat," katanya.
Pada 17 Julai ini, menandakan ulang tahun ke-10 nahas MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
![Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721043316_tbAnthonyLokeCom.jpg)
Loke ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya Bilangan 2 Tahun 2024 di Kuala Lumpur Command Control Centre hari ini. - Gambar Bernama
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733478999_FahmiFadzil.jpg)
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
![Israel tidak layak jadi anggota komuniti antarabangsa - Kementerian Luar Palestin Israel tidak layak jadi anggota komuniti antarabangsa - Kementerian Luar Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729574959_palestine.jpg)
Israel tidak layak jadi anggota komuniti antarabangsa - Kementerian Luar Palestin
Negara Palestin akan terus bekerjasama dengan Francesca Albanese termasuk dalam konteks pembentangan laporan beliau yang akan datang kepada Perhimpunan Agung PBB.
![Lebih banyak negara dijangka mempertikai status ‘negara’ Israel di PBB - Pakar Lebih banyak negara dijangka mempertikai status ‘negara’ Israel di PBB - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715358072_UnitedNationsGener.jpg)
Lebih banyak negara dijangka mempertikai status ‘negara’ Israel di PBB - Pakar
Lebih banyak negara dijangka mempertikaikan keabsahan Israel sebagai sebuah negara dan anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
![Isu Batu Puteh: Kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara - PM Anwar Isu Batu Puteh: Kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725014976_AnwarIbrahimMajli.jpg)
Isu Batu Puteh: Kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara - PM Anwar
Perdana Menteri menyifatkan kehilangan Batu Puteh adalah kerana kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara.
![Singapura kaji pendapat nasihat ICJ mengenai penempatan Israel Singapura kaji pendapat nasihat ICJ mengenai penempatan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674040424_VivianBalakrishnan.jpg)
Singapura kaji pendapat nasihat ICJ mengenai penempatan Israel
Singapura sedang mengkaji "dengan teliti" pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah tidak sah.
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
![Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721043316_tbAnthonyLokeCom.jpg)
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
![Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717667876_ICJ.jpg)
Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini
Satu pendengaran awam akan diadakan pada 3 petang di Peace Palace di The Hague di mana Hakim Nawaf Salam, Presiden Mahkamah akan membacakan Pendapat Nasihat itu.