Kementerian Perpaduan Negara akan memastikan Kelab Rukun Negara diwujudkan di setiap sekolah di negara ini dalam usaha menerapkan lima prinsip Rukun Negara dalam diri pelajar.
Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata beliau juga akan memastikan usaha itu turut dilakukan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerusi penubuhan Sekretariat Rukun Negara yang diperkenalkan pada 2008.
Katanya setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
"Kementerian ketika ini menggerakkan usaha agar Kelab Rukun Negara ditubuhkan di semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan. Begitu juga Sekretariat Rukun Negara diwujudkan di semua IPTA dan IPTS.
"Ini kita lakukan bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi serta kerjasama rakan strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia," katanya kepada pemberita selepas Program Penghayatan Rukun Negara dan Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 Peringkat Negeri Johor 2020, di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.
Halimah berkata Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara digerakkan sendiri oleh pelajar sebagai satu tanggungjawab bersama dalam menerapkan prinsip rukun negara itu.
Sementara itu, Halimah berkata pihaknya menerima lebih 8,000 penyertaan dalam sesi maklum balas rakyat berhubung draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 yang diadakan di Perlis, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perak, Melaka, Terengganu sejak 22 Ogos lepas.
Sesi serupa diadakan di Johor hari ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 30 2020

Hasni (lima, kiri) dan Halimah bergambar bersama penerima ikrar Rukun Negara daripada wakil-wakil jabatan, agensi, NGO, persatuan kaum, badan agama dan swasta. - Bernama

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.

Halimah: Anggota UMNO berhak nilai prestasi pemimpin
Anggota UMNO berhak untuk menilai prestasi seseorang pemimpin parti itu dan seterusnya menentukan sama ada mereka perlu dikekalkan atau tidak dalam jawatan masing-masing