GURUN: Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bersedia menawarkan kepakaran bagi pelaksanaan penilaian risiko terhadap ancaman bahaya persekitaran dan peralatan yang digunakan di sekolah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) Mustapha Sakmud berkata langkah itu sebagai menyahut saranan Kementerian Pendidikan supaya penilaian risiko dilaksanakan di sekolah.
"Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sememangnya merupakan bidang kepakaran kita, kita ada JKKP, kita ada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).
"Kita boleh berikan kepakaran ini untuk melatih guru-guru supaya mereka boleh membuat penilaian risiko sendiri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Health And Safety Environmental (HSE) and Sustainability Day di Petronas Chemicals Fertiliser Kedah di sini semalam.
Pada 22 Julai lepas, media melaporkan Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah melakukan penilaian risiko untuk memastikan semua infrastruktur dan kemudahan berada dalam keadaan selamat digunakan selain mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Ia susulan kejadian seorang murid perempuan tahun tiga di sebuah sekolah di Perak yang cedera selepas tangki pam tandas jenis seramik jatuh ke atasnya dan menyebabkan kecederaan serta kes kematian murid tahun satu yang dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah di Melaka, baru-baru ini.
Mustapha berkata pihaknya boleh menyediakan latihan kepada guru terbabit dan mereka akan memberi penerangan kepada guru lain dan pelajar sekolah mengenai keselamatan dan kesihatan di sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

MUSTAPHA: Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan memang bidang kepakaran kita, kita ada JKKP, kita ada NIOSH, kita boleh berikan kepakaran ini. - Foto fail/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) dalam peringkat akhir kajian bagi mewajibkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Industri Pembinaan (Pengurusan)2017