KUALA LUMPUR:Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkasakan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan keselamatan sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata program sepanjang tahun 2021 itu meliputi aspek pekerjaan dinamakan sebagai MYJob@Wilayah, persekolahan (MYSchoolBus@Wilayah), barangan keperluan asas (MYGrocer@Wilayah), makanan (MYFood@Wilayah) dan perubatan (MYMedic@Wilayah).
"Kita telah mulakan program ini (sekitar pertengahan) tahun lepas sebagai percubaan dan ad-hoc dengan kapasiti kecil jadi tahun ini kita akan menjalankan program dengan lebih meluas," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin terbitan Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata MYJob@Wilayah bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam enam bidang pekerjaan termasuk perkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan, pembuatan dan pembungkusan.
Jelasnya, MYSchoolBus@Wilayah yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid.
Annuar berkata kementerian juga menyasarkan untuk memperluas program MYGrocer@Wilayah yang menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.
"Saya juga mengharapkan lebih banyak sambutan dan kerjasama strategik pihak swasta untuk menjayakan MYFood@Wilayah dalam memastikan bantuan makanan percuma boleh dinikmati lebih ramai golongan memerlukan," katanya.
Tambahnya, MYMedic@Wilayah yang menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan juga akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan.
Selain itu, Annuar turut berkongsi berkenaan sumbangan beras menerusi program MYBeras@Wilayah yang akan dilaksanakan mulai 1 Feb sehingga Jun tahun ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19.
Jelasnya untuk permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

ANNUAR: Kita telah mulakan program ini sekitar pertengahan tahun lepas sebagai percubaan dan ad-hoc dengan kapasiti kecil. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kementerian Wilayah Persekutuan perluas Program My5
Program meliputi aspek pekerjaan dinamakan MYJob@Wilayah, persekolahan (MYSchoolBus@Wilayah), barangan keperluan asas (MYGrocer@Wilayah), makanan (MYFood@Wilayah) dan perubatan (MYMedic@Wilayah).