KUALA LUMPUR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) menyeru kerajaan supaya memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik atau vape.
Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Pemadam, Datuk Jamelah A. Bakar, berkata ketagihan rokok dan vape adalah pembuka jalan kepada tabiat penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.
Menurutnya, pihaknya bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah didapati terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape.
"Kerajaan juga perlu melihat perkembangan penularan penggunaan vape secara serius. Selain itu, terdapat institusi skim pembiayaan peniagaan yang memberi pinjaman begitu mudah sekiranya ada pemohon yang berhasrat untuk berniaga vape," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Selaras dengan aspirasi kerajaan mewujudkan Generasi Penamat Rokok, katanya, pihaknya yakin Kementerian Kesihatan (KKM) dapat membentang Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang menjadi teras kepada kawalan penularan penggunaan vape serta rokok.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, dilaporkan berkata saringan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.
Beliau berpendapat bahawa langkah untuk mewujudkan rang undang-undang tersebut, dapat menyelesaikan masalah dasar percukaian terhadap produk itu dapat dikawal selia secara komprehensif di samping menjamin aktiviti pengiklanan dan promosi dapat dikawal.
Pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik pada sidang Dewan Rakyat, Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
![Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat - Pemadam Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat - Pemadam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680621739_Vape.jpg)
Pemadam bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape. - Gambar hiasan
![DBKL sita barang perniagaan di laluan awam DBKL sita barang perniagaan di laluan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739588795_dbkl.jpg)
DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
![Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739588970_JuanPabloII.jpg)
Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
![Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587127_TBhangus.jpg)
Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.
![Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218354_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.
![Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739586941_sitisaleha.jpg)
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
![TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739584208_badrulafzanrazali.jpg)
TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.
![Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739584360_adamadli.jpg)
Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat - Pemadam Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat - Pemadam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680621739_Vape.jpg)
Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat - Pemadam
Pemadam bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape.