KUCHING: Satu kempen untuk mengangkat kembali industri pelancongan Bumi Kenyalang pasca COVID-19, ‘Sia Sitok’ diperkenalkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).
Melalui kempen ini, pelbagai tawaran menarik termasuk 30 pakej pelancongan dengan potongan diskaun sehingga 50 peratus ke destinasi tumpuan negeri itu dapat dinikmati oleh pelancong dari dalam dan luar negara.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, peluang itu juga dapat dimanfaatkan oleh pemain industri pelancongan tempatan bagi merancakkan ekonomi negeri.
“Kita akan umumkan satu lagi pakej baharu yang lain dikenali sebagai pakej ‘Intra-State’.
“Rakyat Sarawak akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan kempen ini di mana mereka amat digalakkan untuk melancong dalam negeri sendiri serta menikmati keindahan Bumi Kenyalang.
“Selepas ini, pakej-pakej lain juga akan dibuka dengan fokus pelancong daripada Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan negara jiran Brunei,” katanya pada pelancaran kempen Sia Sitok di sini pada Isnin.
Tambah Karim lagi, antara destinasi yang terlibat dalam kempen ini adalah Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu.
Ujarnya, jualan pakej-pakej berkenaan adalah dalam tempoh tiga bulan iaitu bermula 15 Julai sehingga 15 Oktober depan, dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Disember tahun ini.
Antara pakej dan aktiviti menarik yang dirancang dalam menjayakan kempen ini termasuk Sarawak River Cruise, Irrawady Dolphin River Cruise, Bird Watching Do Taman Negara Kubah, lawatan ke Taman Negara Tanjung Datu dan pelbagai lagi.
Astro Awani
Tue Aug 18 2020

Sarawak terus melangkah ke depan dengan aturan strategi baharu bagi merancakkan ekonomi negeri pasca COVID-19 dan ini termasuk ekonomi bagi sektor pelancongan. - Gambar Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kempen 'Sia Sitok' angkat kembali sektor pelancongan Sarawak
30 tempat untuk dilawati dengan pelbagai aktiviti menarik boleh dinikmati dengan potongan harga sehingga 50 peratus melalui kempen ini.

Warga Sarawak yang tiba dari luar negara, wajib jalani kuarantin wajib 14 hari - Uggah
Kos penginapan dan ujian COVID-19 bagi rakyat Sarawak ditanggung oleh kerajaan negeri. Ia berkuat kuasa sehingga 31 Ogos 2020.

Aktres Jerman pilihan Pengarah Hollywood James Wan
Penulis skrip dan pengarah filem kelahiran Sarawak James Wan mengumumkan perkahwinannya bersama aktres Jerman, Ingrid Bisu.

Sambutan Hari Malaysia 2019 ditukar ke Stadium Perpaduan
Ia juga merupakan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan dibuat atas dasar mengutamakan kesihatan rakyat.

Haiwan terlindung antara mangsa kebakaran hutan di Miri
Beberapa spesies mamalia, reptilia, amfibia dan burung lain turut menjadi mangsa kebakaran itu berlanjutan sejak beberapa minggu lalu.