KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti kuarantin kepada lain-lain penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin atau memerlukan pengasingan berkuat kuasa 4 Mac.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah memaklumkan kemudahan itu sebelum ini terhad kepada enam jenis penyakit berjangkit iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut; demam denggi dan demam denggi berdarah; campak; difteria dan malaria.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan telah menambah baik kemudahan itu dengan memasukkan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan pegawai perubatan kerajaan atau swasta selain daripada enam penyakit sedia ada dalam senarai berkenaan.
"Bagi menambah baik peraturan sedia ada selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam dan dalam masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan, kerajaan bersetuju supaya kemudahan cuti kuarantin ditambah baik," katanya melalui pekeliling bertarikh 4 Mac lepas.
Beliau berkata dengan penambahbaikan itu, nama kemudahan cuti kuarantin kini dipinda kepada 'kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin atau memerlukan pengasingan'.
Menurut lampiran pekeliling tersebut, anak adalah termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat dan anak pelihara.
Menurut Mohd Shafiq kadar tempoh cuti/bilangan hari bagi cuti itu dikekalkan maksimum lima hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan diberikan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta mengikut mana lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
"Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon cuti rehat/cuti rehat khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.
"Selain itu, apabila keadaan seseorang pegawai mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah sepertimana peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) (Dasar BDR)," menurut pekeliling itu.
Mohd Shafiq berkata penambahbaikan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, namun tertakluk kepada pihak berkuasa masing masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022

Kemudahan itu sebelum ini terhad kepada enam jenis penyakit berjangkit iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut; demam denggi dan demam denggi berdarah; campak; difteria dan malaria. - Gambar hiasan/ AFP Relax

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kemudahan cuti kuarantin diperluas, babit lebih banyak penyakit
Kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti kuarantin kepada lain-lain penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin atau memerlukan pengasingan berkuat kuasa 4 Mac.

Senaraikan COVID-19 penyakit berjangkit dalam pekeliling perkhidmatan - Cuepacs
Langkah itu bagi membolehkan ibu bapa, khususnya yang menjadi kontak rapat, mendapat kemudahan lima hari cuti kuarantin.